Komanwel 2014: Badminton Beregu Lelaki, Wanita Malaysia Sumbang Pingat Emas - pakdin.my

Pemain beregu wanita negara Vivian Kah Mun Hoo (kanan) dan Khe Wei Woon meraikan kejayaan mereka memenangi pingat emas selepas menewaskan beregu India di temasya Sukan Komanwel kali ke-20 Glasgow di Glasgow
Pemain beregu wanita negara Vivian Kah Mun Hoo (kanan) dan Khe Wei Woon meraikan kejayaan mereka memenangi pingat emas selepas menewaskan beregu India di temasya Sukan Komanwel kali ke-20 Glasgow di Glasgow

PASANGAN beregu badminton lelaki negara, Tan Wee Kiong-Goh V Shem dan beregu wanita negara, Vivian Khoo-Woon Khe Wei masing-masing menyumbangkan sebutir pingat emas untuk Malaysia dalam Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Ahad.

Pasangan Tan/Goh meraih pingat emas keenam negara selepas menewaskan beregu Singapura Danny Chrisnanta-Chayut Triyachart 21-12, 12-21, 21-15.

Kemenangan manis tersebut dikecapi lebih kurang satu jam selepas pasangan beregu wanita negara, Vivian Khoo-Woon Khe Wei menundukkan pasangan dari India sekali gus menyumbang pingat emas kelima mereka kepada Malaysia.

Pingat gangsa beregu wanita diraih pasangan England, Gabriel Adcock-Lauren Smith selepas menewaskan pasangan negara Lim Pei Jing-Lim Yin Loo 16-21, 21-15 dan 21-16 pada Sabtu.

Vivian berkata kerja keras serta rajin membuat analisis aksi perlawanan pihak lawan mendorong kejayaan mereka itu.

“Kami sangat gembira dengan kemenangan ini. Kejayaan ini sangat bermakna. Pingat emas ini juga dihadiahkan untuk seluruh rakyat Malaysia terutamanya kita kini sedang bersedih dengan tragedi MH17.

“Kami memang lebih yakin dan bersemangat daripada set pertama lagi dan hanya mahu fokus untuk menang sahaja yang penting jangan letak tekanan pada diri sendiri,” katanya kepada pemberita di Glasgow, Ahad.

Pencapaian terbaik beregu wanita pada Sukan Komanwel dengan memenangi pingat emas hadir menerusi Ang Li Peng-Lim Pek Siah pada 2002 dan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty (2006).

Bagi Wee Kiong beliau berpuas hati gandingan bersama V Shem masih mampu untuk mempertahankan pingat emas dalam acara beregu lelaki sejak tahun 1990 iaitu menerusi Jalani Sidek-Razif Sidek.

Cheah Soon Kit-Soon Beng Kiang meraih pingat emas pada 1994, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah (1998), Chan Chong Ming-Chew Choon Eng (2002), Chan Chong Ming-Koo Kien Keat (2006) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2010).

“Kami sangat berpuas hati dengan kemenangan ini. Lebih mengembirakan lagi apabila kami masih boleh mengekalkan tradisi negara dalam acara beregu di Sukan Komanwel.

“Saya harap prestasi cemerlang saya ini berkekalan sehingga aksi Kejohanan Dunia BWF di Denmark pada hujung bulan ini,” kata Wee Kiong kepada pemberita.

Pingat gangsa dimenangi Chris Langridge-Peter Mills dari England selepas menewaskan rakan sepasukan mereka Chris Adcock-Andrew Ellis dengan 21-17 dan 21-17 pada perlawanan penentuan pingat gangsa Sabtu.

UTAMAGAYA HIDUPKomanwel 2014: Badminton Beregu Lelaki, Wanita Malaysia Sumbang Pingat Emas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium