Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALPesawat Singapura Pada Jarak...

Pesawat Singapura Pada Jarak ‘Beberapa Minit’ Dari Ruang Udara #MH17 Ditembak Jatuh - pakdin.my

SQ315 Penerbangan Singapura berada kira-kira 25km daripada MH17 ketika kejadian
SQ315 Penerbangan Singapura berada kira-kira 90km daripada MH17 ketika kejadian

Kerajaan Singapura pada Isnin mengesahkan bahawa pesawat Singapore Airlines (SIA) baharu sahaja beberapa minit melepasi ruang udara di mana penerbangan MH17 ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine.

Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew memberitahu parlimen bahawa Penerbangan SQ351, yang menuju ke Singapura dari Copenhagen, hanya berada pada jarak 90km atau beberapa minit dari pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH17.

Semua 298 orang di atas kapal penerbangan Malaysia Airlines MH17 terbunuh apabila ia telah ditembak jatuh di wilayah pemberontak pada 17 Julai.

“Pada masa MH17 terhempas, penerbangan SQ351 dari Copenhagen dianggarkan berada pada jarak kira-kira 90km,” kata Lui, menjawab soalan-soalan daripada ahli parlimen.

“Oleh kerana tidak ada sekatan bagi penerbangan di atas 32,000 kaki (9,800m) atau apa-apa maklumat yang menunjukkan ancaman kepada pesawat pada ketinggian itu, SIA, seperti kebanyakan syarikat penerbangan lain yang berulang-alik antara Eropah dan Asia, terus menggunakan ruang udara itu.

“Sebaik sahaja SIA menerima berita kejadian itu, mereka dengan serta-merta mengubah semula semua laluan penerbangan mereka untuk mengelakkan sepenuhnya daripada melalui ruang udara Ukraine,” katanya.

Beberapa jam selepas nahas, Agensi Pengesan pesawat, Flight Radar 24 mencatatkan imej pada Twitter yang menunjukkan posisi terakhir pesawat adalah di antara SQ351 dan Penerbangan Air India AI113, Boeing 787 Dreamliner yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Birmingham.

Amerika Syarikat menuduh pemberontak menembak jatuh MH17 dengan peluru berpandu permukaan yang mungkin dibekalkan oleh Rusia, manakala Moscow dan pemberontak menyalahkan tentera Ukraine.

Lui mempertahankan SIA kerana masih menggunakan laluan penerbangan itu walaupun beberapa pesawat tentera Ukraine telah ditembak di kawasan itu oleh pemberontak, beberapa minggu sebelum tragedi MH17.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883