Krisis MB Selangor: Khalid Samad bocorkan maklumat Whatsapp? - pakdin.my

wpid-whatsapp-pas-pusat.jpg

Sekurang-kurangnya empat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dikatakan mendesak pemimpin parti itu yang mahu bergabung dengan UMNO mesti melepaskan jawatan wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Demikian maklumat yang dibocorkan oleh Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berhubung perbincangan tertutup Whatsapp di kalangan AJK Pusat. Peliknya beliau membocorkannya dengan tenang dan selamba melalui sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

Memetik laporan portal pro pembangkang, beliau berkata, analisis senario PAS menjalin kerjasama politik dengan UMNO oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan (PPP) PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang bocor baru-baru ini tidak mendapat sambutan daripada ahli kumpulan whatsapp AJK PAS Pusat.

Katanya lagi, terdapat sekurang-kurangnya empat ahli kumpulan itu (AJK Pusat) menyatakan pemimpin PAS perlu letak jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing berikutan kemenangan yang diperoleh dalam pilihan raya adalah melalui sokongan parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Ini kerana kita menang atas sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR), bukan PAS semata-mata. Maka, kekal dalam jawatan itu tanpa kita berada dalam PR adalah dianggap tindakan tidak bermoral dan berbaur pengkhianatan.”

Beliau berkata, fakta itu perlu diketahui rakyat bagi membuktikan PAS tidak pernah berhasrat mengkhianati amanah yang diberikan rakyat dalam PRU13.

Katanya, kumpulan whatsapp itu dikendalikan seorang kakitangan ibu pejabat PAS bagi memudahkan menyalurkan pelbagai maklumat seperti tarikh, masa dan agenda mesyuarat kepada AJK Pusat.

“Kumpulan whatsapp ini bukan rasmi. Malah, Presiden, Setiausaha Agung dan beberapa pemimpin tertinggi PAS juga tidak menyertai whatsapp ini. Sebarang keputusan diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri pemimpin tertinggi parti bukan di whatsapp ini,” katanya.

Khalid berhujah panjang lebar dalam sidang medianya kerana mahu menjelaskan senario kebocoran maklumat whatsapp Dr Muhd Zuhdi kepada umum dan menjadi viral di media sosial.

Malangnya beliau sendiri telah membocorkan maklumat mengenai desakan beberapa AJK yang mahu pihak yang mahu bergabung dengan UMNO mesti melepaskan jawatan masing-masing.

Persoalannya, mungkinkah Khalid tidak sedar dia sendiri telah membocorkan maklumat Whatsapp AJK PAS Pusat atau dia sedar mengenainya tetapi tetap mahu membocorkannya juga kerana fakta itu tidak sensitif untuk masyarakat PAS berbanding isu yang dibawa oleh Dr Zuhdi.

Tak kisahlah siapa bocorkan maklumat apa tetapi gaya bicara Khalid seperti mahu menghantar mesej kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor yang mahu bergabung dengan UMNO supaya meninggalkan PAS terlebih dahulu.

Barangkali mesej yang lebih jelas ialah jika mereka kalah dalam pilihan raya nanti, mereka tidak akan mencalarkan maruah PAS.

Mesej itu dihadiahkannya untuk 15 Adun PAS di Selangor walaupun ada sebahagian bersetuju untuk bergabung manakala ramai juga yang menolak. Bagaimanapun keinginan mereka itu harus dipadankan dengan keputusan PAS pada 10 Ogos nanti berkaitan isu sokongan terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Shah Alam yang nakal itu mungkin sekadar mahu menduga kesetiaan wakil rakyat PAS di Selangor wal hal kesetiaan beliau terhadap Anwar Ibrahim dilihat melebihi kesetiaan terhadap Presiden PAS.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Khalid Samad bocorkan maklumat Whatsapp?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium