Krisis MB Selangor: PAS mahu guna senjata PKR pertahan Khalid melalui melalui GERAK 2

nasarudintantawi

Semakin jelas, semakin PKR menekan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya lepaskan kerusi menteri besar, PAS pula semakin tegar menentangnya.

Tengok kenyataan demi kenyataan dan gerakan senyap dalam PAS ketika ini, jangan pelik pendirian PAS Pusat dalam mesyuarat pentingnya 10 Ogos nanti tetap mahu Khalid kekal.

Ternyata politik PAS lebih bijak berbanding PKR dalam isu mahu menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar.

PAS bukan sahaja terus menekan PKR tetapi dalam masa sama membongkar musuh dalam selimut – geng Anwarinas – yang berkiblat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyokong Langkah Kajang.

Terbaru, bekas ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi menggunakan semula senjata PKR –Gerak – bertujuan mempertahankan Khalid jika parti dipimpin Wan Azizah tetap mahu menggantikan Khalid.

Ahli parlimen Temerloh itu semakin berani dan jelas memihak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mempertahankan Abdul Khalid.

Melalui tulisan di laman Facebook beliau, Rabu, Nasrudin menegaskan, andai Anwar menyingkirkan Abdul Khalid dengan berbagai tuduhan….  PAS sewajarnya membela Abdul Khalid melalui GERAK 2.

GERAK merujuk movement rakyat yang dibuat kali pertama ketika Anwar dipecat pada 1998. Ia digerakkan dari satu negeri ke satu negara semacam roadshow untuk sesi penerangan terhadap apa yang jadi.

Menurut Nasrudin, ketika Anwar dipecat 1998, atas tuduhan liwat, rakyat bangkit membela Anwar.

“Mereka tidak anggap ini masalah dalaman UMNO sebaliknya mereka anggap ini satu kezaliman dan fitnah. Anwar mesti diberi pembelaan. Termasuklah yang membela Anwar ialah PAS.

“Kini tahun 2014, berlaku pergolakan di Negeri Selangor. Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim akan diperlakukan oleh Anwar sebagaimana Tun Mahathir melakukannya keatas beliau ?

“Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa Abdul Khalid dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor ?

“Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit membela Abdul Khalid?” soal beliau.

Menurutnya, Jika Anwar yang disingkir oleh Tun Dr Mahathir dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dengan pelbagai tuduhan, menyaksikan kebangkitan PAS yang dipimpin oleh Al Marhum Datuk Fadhil Mohd Noor membela beliau melalui GERAK pada waktu itu.

“Saya kira , andai Andul Khalid disingkir oleh Anwar dari kerusi Menteri Besar sekarang dengan pelbagai tuduhan, sewajarnya PAS yang dipimpin oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bangkit membela Abdul Khalid yang dizalimi dan diaibkan melalui GERAK 2 !,”ujarnya mengakhiri tulisan empat perenggan itu.

Untuk rekod, Anwar ketika dipecat 1998 bergantung kepada sokongan PAS untuk menggerakkan perlawanan dengan UMNO ketika itu… kerana itu juga ramai penyokong-penyokong Anwar dalam UMNO ketika itu memilih untuk menyertai PAS.

PKR masih belum ditubuhkan, tiba-tiba reaksi dari pemecatan Anwar dan kemarahan orang Melayu (yang tak tahu cerita sebenar ketika itu) adalah menyertai PAS beramai-ramai.

Selepas lebih 15 tahun dalam PAS…kumpulan penyokong Anwar ini membina kekuatan di peringkat kawasan (bahagian) dan negeri.

Mereka inilah yang cucuk jarum hingga menyebabkan beberapa pemimpin PAS berkiblatkan lebih kepada Anwar berbanding Hadi.

Menarik jika saranan Nasrudin ini dapat dilaksanakan. Rakyat boleh lihat sejauh mana kebangkitan GERAK 2 , senjata PKR yang akan makan tuan.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...