Krisis MB Selangor: Khalid Anggap Cakap-cakap Kepimpinan PKR Bersifat Peribadi (video)

pkr-mahu-khalid-berundur

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghiraukan sebarang usaha untuk menyingkirkannya dari terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor, sebaliknya menganggap apa yang berlaku hanya sekadar ‘cakap-cakap’ sahaja.

Malahan, beliau berpendapat, hanya proses undang-undang yang dapat menentukan pihak yang berhak mengisi kerusi panas itu.

Bagi dirinya, beliau akan terus menjalankan tugas-tugasnya sebagai menteri besar seperti biasa.

“Sama ada saya jadi menteri besar atau tidak, itu akan ditentukan oleh proses yang dilaksanakan seperti yang terkandung dalam Enakmen Negeri Selangor.

“Sebelum apa-apa berlaku atau apa-apa dilaksanakan, sekarang hanya ‘bercakap’ sahaja tanpa pelaksanaan dan saya masih berkerja sebagai menteri besar dengan penuh minat dan tanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Membina Jambatan Ke-3 Klang dan majlis jamuan hari raya di sini, Rabu.

Abdul Khalid berkata, setakat ini, beliau tidak terkesan dengan tekanan dan desakan yang dibuat oleh pihak tertentu untuk menyingkirkannya dari kerusi menteri besar.

“Saya seronok. Desakan sebegini memberikan saya azam untuk berkerja dengan lebih cepat dan tertib untuk rakyat Selangor,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai beberapa tindakan dan langkah yang diambil untuk menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah, beliau berkata, hanya dua proses yang dapat memutuskan perkara ini.

“Satu melalui proses Dewan Undangan Negeri dan satu lagi dengan penglibatan Sultan Selangor, Sultan Shafafuddin Idris Shah,” katanya.

Mengenai projek jambatan ke-3 Klang yang dilancarkan, Abdul Khalid berkata, jambatan yang merentasi Sungai Klang itu dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar bandar ini, sekali gus menambah baik aliran trafik sedia ada.

“Kos keseluruhan projek ini dibiayai kerajaan negeri menggunakan rizab negeri yang kini mencecah RM3 bilion hasil dasar penjimatan dan perbelanjaan berhemah sejak 2008,” katanya.

 

 

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...