Krisis MB Selangor: Nik Aziz Nasihat Khalid Bersabar Dengan Golongan Munafik Yang Ingin Mejatuhkan Beliau - pakdin.my

Nik Aziz mengingatkan Abdul Khalid supaya bersabar dan cuba memperbaiki diri, selain tidak memalukan musuh atau menjatuhkan golongan munafik yang cuba menyingkirkannya daripada kedudukannya beliau sekarang.

wpid-nikaziz-khalidibrahim.jpg

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menghapuskan golongan munafik yang cuba menyingkirkan beliau daripada jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid juga diminta supaya bersabar dengan serangan golongan tersebut dan diingatkan supaya cuba memperbetulkan kesilapan diri.

Perkara itu didedahkan Khalid ketika berucap pada program solat hajat Perdana ‘Mempertahankan Selangor’ di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, malam Khamis.

Abdul Khalid sebelum ini ditemani isterinya berkunjung ke kediaman Nik Aziz di Kota Bharu, Kelantan sempena Aidilfitri baru-baru ini.

“Saya amat terkejut dengan nasihat itu. Saya ingat beliau suruh saya hapuskan munafik tersebut tetapi tidak.

“Beliau (Nik Aziz) kata, kita jangan malukan munafik, kita sabar dan kita sama-sama betulkan mereka. Jadi sekarang saya dah rasa saya tak mahu buang munafik” katanya.

Abdul Khalid berkata, nasihat berguna itu mengingatkan beliau dengan cara Rasulullah SAW yang menaikkan syariat Islam dengan tidak menjatuhkan maruah musuh.

“Sejahat manapun seseorang itu, jangan jatuhkannya tetapi perbetulkan diri,” katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa kejayaan Selangor bukan terletak dari segi politik, sebaliknya dibuktikan dengan pemerintahan Islam yang adil dan amanah.

Sementara itu, Abdul Khalid membidas DAP yang didakwa mempersoalkan kepimpinan kerajaan Islam di Selangor selepas beliau enggan berundur daripada jawatannya.

“Saya cuba jalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab seperti yang disyariatkan Islam dan diharapkan rakyat Selangor.

“Saya dapat tunjukkan bahawa jika orang Islam memerintah Selangor, ia tidak boleh dipersoalkan orang bukan Islam kerana dia amanah, lakukan kerja dan jalankan tanggungjawab,” katanya.

Jelas Abdul Khalid yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, walaupun DAP mengambil pendirian sebegitu, hakikatnya orang bukan Islam lebih gemarkan orang Islam mentadbir mereka.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Nik Aziz Nasihat Khalid Bersabar Dengan Golongan Munafik Yang...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium