Krisis MB Selangor: Majlis Syura PAS kurang maklumat mengenai Khalid – Anwar Ibrahim - pakdin.my

Senario yang sama semasa zaman reformasi mempertahankan Anwar semasa beliau di pecat oleh UMNO. Ketika itu Majlis Syura juga bukan setakat kurang, mungkin tiada maklummat langsung mengenai salah laku Anwar.

PRK-Kajang-Anwar
Majlis Syura PAS tidak mendapat maklumat lengkap mengenai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim

Parti Keadlian Rakyat (PKR) tidak terikat dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor, kata Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau menghormati keputusan majlis itu dan akan mengambil kira semua pandangan berhubung perkara tersebut.

“PAS tidak membuat keputusan bagi mewakili PKR. Sebagai sekutu dalam Pakatan Rakyat, kita mengormati pandangan mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, petang Jumaat.

“Saya fikir ada isu yang kita perlu perjelaskan kepada mereka (Majlis Syura) yang mereka tidak ketahui sebelum ini.

Beliau berkata, beliau akan melengkapkan maklumat dan sebab tambahan mengenai penggantian Khalid, kepada kepimpinan PAS.

“Majlis Syura Ulama PAS bukan Majlis Syura Pakatan,” katanya.

Ditanya sekiranya Khalid akan dipecat dari parti, Anwar berkata, keputusan itu akan dibuat oleh kepimpinan pusat.

Tambahnya, Khalid seperti ahli keluarga dan beliau tidak mahu mengeruhkan hubungan kekeluargaan.

“Saya menasihatkan semua anggota untuk memberi fokus kepada kenyataan dan bukan emosi demi parti,” katanya.

Khalid tidak hadir ke pertemuan dengan jawatankuasa disiplin parti yang dijadualkan pada pukul 3 petang Jumaat di Ibu Pejabat PKR.

Terdahulu, Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau tidak dapat menghadirkan diri kerana beliau dijadualkan mengadakan mesyuarat bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Majlis Syura Ulama PAS pada malam Rabu sebulat surat memutuskan Khalid perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Majlis Syura PAS kurang maklumat mengenai Khalid - Anwar...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium