Krisis MB Selangor: Lawyers For Liberty Persendakan Solat Hajat Pertahan Khalid - pakdin.my

Lawyers For Liberty Persendakan Solat Hajat 1

Lawyers For Liberty hari ini dilihat seolah-olah mempersendakan majlis Solat Hajat Perdana mempertahankan Kerajaan Selangor yang dihadiri kira-kira 1,000 orang yang majoritinya ahli PAS di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dua hari lepas.

“Kalau guna logik para ulama PAS, solat hajat depa gagal nak selamatkan Khalid Ibrahim mesti kerana Allah murka!,” kenyataan daripada twitter Lawyers For Liberty dipetik.

Lawyers For Liberty mengeluarkan kenyataan itu selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang tadi membuat keputusan memecat Khalid sebagai ahli parti berkuatkuasa serta-merta

Lawyers For Liberty Persendakan Solat Hajat 2

“Dipersilakan Khalid join gang ulama PAS – Hadi, Nasrudin, Zuhdi dan lain-lain -kembalilah ke pangkuan UMNO dan perjuanglah kuasa politik Melayu/ Islam,” sindir Lawyers For Liberty lagi.

 

Sebelum itu Lawyers For Liberty turut retweeted twitter daripada Latheefa Koya berkaitan dengan ucapan Khalid semasa majlis Solat Hajat Perdana itu.

”’
Video yang dirakam KiniTV dapat ditonton di bawah ini :

 

 

Pada Khamis lalu, Solat hajat perdana “Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah” anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Geng Ustaz dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Selangor telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7, Shah Alam.

“Kita akan berdoa supaya tidak berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memohon supaya keputusan PAS (Pusat) berpihak kepada (ketetapan) tuan guru Presiden,” kata Presiden Geng Ustaz Norazli Musa ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Norazli berkata, antara pemimpin yang akan hadir adalah Khalid, Pengarah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad, dan beberapa pemimpin lain. –

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Lawyers For Liberty Persendakan Solat Hajat Pertahan Khalid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium