Krisis MB Selangor: Beberapa Pilihan Terbuka Untuk Khalid Kekal MB

wpid-khalid-azizah-mb-selangor.jpg

Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor buat masa ini walaupun dipecat daripada PKR, tetapi penyingkirannya boleh membawa kepada beberapa kemungkinan, termasuklah pilihan raya negeri diadakan.

Terdapat juga kemungkinan beliau akan menyertai PAS, yang telah memberi sokongan kepadanya untuk kekal sebagai menteri besar, berserta sokongan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Peguam Syahredzan Johan berkata gabungan parti politik tidak mempunyai sebarang kesan terhadap kedudukan seorang menteri besar memandangkan keputusan mengenai jawatan itu bergantung kepada sokongan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Perkhidmatan awam negeri juga tidak akan terjejas dengan pemecatan Khalid daripada PKR, tetapi akan ada ketidakpastian di peringkat pentadbiran atasan,” kata Syahredzan.

Beliau berkata, ini kerana barisan exco negeri termasuk daripada PKR turut memecat beliau.

“Jadi persoalannya adalah, adakah exco daripada PKR akan terus mengikut arahannya?” katanya.

Syahredzan berkata dengan pemecatan Khalid, PKR akan berusaha untuk memastikan bahawa beliau juga telah kehilangan sokongan daripada DUN, satu keperluan penting untuk menyingkirkannya dari pejabat menteri besar.

Beliau berkata, ini boleh dilakukan melalui tidak percaya dalam DUN atau mengemukakan petisyen sumpah oleh ahli-ahli DUN bahawa Khalid tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

“Jika boleh dibuktikan bahawa Khalid tidak lagi mendapat sokongan majoriti, beliau boleh membuat pilihan sama ada meletakkan jawatan atau meminta Sultan membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri,” kata Syahredzan.

Syahredzan memberitahu, Khalid juga boleh mencabar pemecatan beliau di mahkamah dan ia terpulang kepada hakim yang mendengar kes itu untuk mentafsir undang-undang, walaupun Akta Pertubuhan telah dipinda supaya keputusan yang dibuat oleh parti politik tidak boleh dicabar.

Pindaan dibuat terhadap Akta itu selepas Umno diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988 berikutan pertikaian dalaman.

Edmund Bon, dari firma undang-undang yang mewakili Khalid, enggan mengesahkan sama ada Khalid akan mencabar penyingkiran beliau di mahkamah.

“Tunggu dan lihat,” katanya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak Khalid menjelaskan, Khalid masih boleh mendapat sokongan majoriti dari DUN dan mendapatkan restu Sultan untuk kekal di pejabatnya walaupun dipecat daripada PKR.

Mustafa berkata, mengikut senario ini, mungkinkah Khalid akan menyertai PAS.

“Ia perkiraan yang mudah. Dia mungkin akan menyertai parti yang mempunyai paling banyak kerusi,” kata Mustafa.

Sebelum pemecatan Khalid, PAS dan DAP kedua-duanya mempunyai 15 kerusi di DUN, PKR 14 dan Umno 12.

Penyokong Khalid percaya bahawa BN dan wakil PAS akan menyokongnya jika usul tidak percaya dibentangkan.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...