Krisis MB Selangor: PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian Parti

khalid-dipelawa-jadi-ahli-pas

PAS sedia menerima Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli parti itu, kata Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yakob.

Menteri Besar Kelantan itu memberitahu, pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk Abdul khalid yang telah dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu kerana masalah disiplin.

“Terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR.

“Tetapi, kita perlu menunggu pertemuan beliau dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan melihat nasihat yang akan diberikan untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Abdul Khalid pada Sabtu telah dipecat keahlian oleh Jawatankuasa Disiplin PKR selepas enggan memberi laluan kepada Datin Sri Dr Wan Azizah Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.

Tindakan Abdul Khalid mempertahankan kedudukannya bagaimanapun turut mendapat sokongan dan restu pimpinan tertinggi PAS yang merupakan anggota Pakatan Rakyat.

Ahmad memberitahu, PAS selain itu turut bersedia berjuang bersendirian sekiranya parti itu memilih untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.

“Kami mempunyai sejarah sendiri walaupun berbeza pendapat dengan Barisan Nasional (BN) dan Semangat 46. Saya bersetuju dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS mampu berjuang bersendirian sekiranya keluar daripada Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Ahmad bagaimanapun yakin bahawa PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat dengan menyifatkan krisis yang berlaku merupaka ujian disebalik hubungan dalam pakatan tersebut.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...