Krisis MB Selangor: Pakar perundangan Aziz Bari keliru mengenai MB Bebas - pakdin.my

aziz-bari-keliru-perundangan-mb

Membaca kenyataan individu yang diangkat pembangkang sebagai Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai berakhirnya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, timbul macam-macam persoalan.

Pertama, mungkinkah bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu,masih belum hilang trauma sebab kalah dalam PRU 13 lalu atau berharap sangat pilihan raya negeri Selangor supaya beliau boleh bertanding mewakili PKR kemudian dilantik menteri besar.

Memetik kenyataan Aziz seperti dilaporkan portal MalaysianInsider, langkah PKR memecat Khalid menyebabkan kuasa menteri besar dan exco juga hilang, sekaligus menyebabkan tiada kerajaan di Selangor.

“Selangor sekarang tidak ada kerajaan, kerajaan negeri dijatuhkan oleh PKR, kerana apabila Khalid jatuh, seluruh exco juga jatuh.

“Jadi maknanya, Sultan yang sepatutnya memiliki kerajaan yang stabil, tetapi keadaan itu tidak berlaku sekarang kerana Khalid sudah dipecat,” kata Aziz kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Aziz berkata Khalid kini bukan lagi menteri besar Selangor dan PR perlu memutuskan nama pengganti.

“Bila dipecat, beliau bukan lagi menteri besar,” katanya.

Mengenai hujah mengatakan Khalid masih sah sebagai menteri besar, Aziz berkata situasi Khalid ketika ini adalah berstatus menteri besar bebas yang tidak mewakili mana-mana parti dan bukan lagi daripada PR.

“Apabila sudah pecat maknanya negeri Selangor dikendalikan oleh seorang menteri besar bebas, ini tidak boleh.

“Maknanya kena cari dan pilih seorang menteri besar baru serta beritahu kepada Sultan bahawa ini adalah calon kita,” katanya.

Dangkal juga pemikiran pakar perundangan ini.

Pemimpin PKR R.Sivarasah yang juga seorang peguam dalam sidang media pemecatan Khalid semalam mengesahkan, Khalid masih menteri besar berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula kata, exco-eco daripada PKR tidak akan berubah, bermakna mereka kekal exco.

Jadi, ini bermakna Khalid masih menteri besar sehingga dua perkara – undi tidak percaya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) atau pembubaran DUN.

Kenyataan Aziz lebih kepada mahu menggambarkan Khalid sudah tidak berkuasa dengan alasan tidak boleh Adun Pelabuhan Klang itu jadi menteri besar Bebas.

Mohon penjelasan Aziz peraturan mana atau undang-undang mana menyatakan tidak oleh jadi menteri besar Bebas atau wakil rakyat Bebas.

Sepatutnya, jika Aziz masih teringin bertanding dalam pilihan raya negeri, beliau boleh nasihatkan PKR, DAP serta PAS supaya semua Exco mewakili parti itu meletakkan jawatan.

Barulah Khalid tidak boleh jadi menteri Besar kerana tidak adalah anggota eksekutif kerajaan Selangor lagi.

Mustahil Khalid mahu tercongok seorang diri dan berbesar hati masih menteri besar tanpa anggota Exco.

Pendapat Aziz ini boleh menimbulkan pertanyaan, beliau ini pakar perundangan yang pemikirannya celaru atau low class.

Lagipun, biarlah Khalid tentukan apa wajar beliau bulat. Khalid dipecat dan masih ada 13 hari untuk merayu kepada Lembaga Disiplin.

Bermakna, dalam tempoh itu beliau masih dianggap ahli PKR.

Jangan Aziz cuba mengelirukan lagi rakyat Selangor dengan pendapat yang bias kerana ramai masih ingat kenyataan demi kenyataan beliau yang bercanggah malah pernah mencetuskan konflik dengan pihak istana.

Aziz lebih bijak jika minta semua exco letak jawatan bagi menguatkan hujahnya bahawa kerajaan PR Selangor sudah jatuh dengan pemecatan keahlian Khalid.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Pakar perundangan Aziz Bari keliru mengenai MB Bebas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium