Krisis MB Selangor: Semua Wakil Rakyat PAS Wajib Sokong Khalid – Timbalan MB Kelantan

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

Semua 15 wakil rakyat PAS di Selangor terikat untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata, sokongan itu adalah wajib dan mengikut keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS yang menyokong Khalid sebagai menteri besar Selangor sehingga tamat penggal.

“Majlis Syura adalah badan pembuat keputusan tertinggi parti, oleh itu semua pemimpin PAS dan wakil rakyat mesti mematuhi keputusan itu dan mereka perlu menyokong Khalid sehingga majlis itu membalikkan keputusan itu.

“Perintah itu juga diberikan kepada Exco PAS dalam kabinet Khalid,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Selasa.

Mohd Amar berkata, selagi exco DAP tidak meletak jawatan, ia menunjukkan bahawa mereka juga menyokong Khalid sebagai eksekutif tertinggi negeri walaupun pada dasarnya, DAP bersama PKR untuk menggulingkan Khalid.

“Secara teknikalnya, Khalid mempunyai mandat majoriti wakil rakyat dalam Selangor untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar,” katanya.

Beliau menambah, krisis di Selangor adalah unik kerana Khalid adalah menteri besar pertama tanpa parti dalam sejarah politik Selangor.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...