Krisis MB Selangor: PAS Tolak Gesaan DAP-PKR Boikot Mesyuarat Exco - pakdin.my

Iskandar Samad

PAS Selangor sekali lagi menegaskan untuk terus berkhidmat di bawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penegasan itu sekaligus menolak gesaan sekutu mereka daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar memboikot mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang diadakan pagi Rabu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, pimpinan dan ahli parti itu di Selangor berikrar akan mematuhi setiap arahan daripada PAS Pusat berikutan pemecatan Abdul Khalid daripada PKR.

“Setiausaha Agung PAS (Datuk Mustafa Ali) pada 10 Ogos lepas mengarahkan exco-exco PAS agar terus berkhidmat di dalam kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid. Oleh yang demikian exco-exco PAS akan menjalankan tugas mereka seperti biasa.

“Arahan ini adalah selari dengan perkenaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar Tan Sri Khalid meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta empat exco PAS Selangor supaya memboikot mesyuarat exco yang dijadual berlangsung pagi Rabu bagi menunjukkan bantahan dan solidariti PR terhadap tindakan Abdul Khalid memecat enam exco PKR dan DAP pada lewat petang Selasa.

Enam exco itu adalah Datuk Teng Chang Khim, Rodziah Ismail, Ean Yong Hian Wah, Elizabeth Wong, Dr Daroyah Alwi dan Ganabatirau Veraman.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: PAS Tolak Gesaan DAP-PKR Boikot Mesyuarat Exco

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium