Krisis MB Selangor: PAS Tidak Hadir Mesyuarat Tergempar PR

majlis-tertinggi-pakatan-rakyat

Wakil PAS tidak hadir dalam mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat (PR) di ibu pejabat PKR malam ini bagi membincangkan krisis menteri besar Selangor.

Menurut Mstar mesyuarat itu diadakan berikutan keputusan mengejutkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memecat enam exco kerajaan negeri seperti yang diumumkan petang Selasa.

“Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pemimpin terawal hadir ke Ibu Pejabat PKR, kira-kira pukul 7.55 malam.

“Pemimpin lain yang menyusul termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali,” lapor portal itu.

Difahamkan satu sidang media akan diadakan pada pukul 8.30 malam tetapi sehingga kini mesyuarat masih lagi berlangsung.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang kelihatan tidak ceria meminta meminta empat Exco PAS supaya memboikot mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (exco) yang dijadualkan esok untuk membuktikan kesetiaan parti itu terhadap PR.

“Jika PAS setia bersama pakatan pembangkang, mereka harus menunjukkan sikap protes atau memboikot mesyuarat Exco pagi esok,” katanya pada sidang media tergempar itu yang dihadiri Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan lima daripada enam Exco yang dipecat, lapor MalaysiaGazette.

The Malaysian Insider pula memetik kenyataan Guan Eng yang mengkrtik Khalid berkaitan dengan pemecatan 6 Exco Selangor itu.

“Apabila surat pemecatan ini dihantar, DAP dan PKR tidak boleh menerima pemecatan ini kerana ia tidak adil dan boleh dipertikaikan daripada segi undang-undang,” katanya.

Menurutnya, tindakan Khalid itu tidak beretika serta tidak menghormati prinsip dan semangat demokrasi.

“Pemecatan ini adalah tidak beretika dan tidak menghormati prinsip serta semangat demokrasi.

“Ia membelakangi mandat rakyat yang diberi kepada Pakatan,” katanya.

Selain itu, Guan Eng turut mengungkit Khalid diangkat menjadi menteri besar Selangor sebelum ini hasil sokongan tiga parti komponen dalam PR.

“Khalid perlu ingat beliau jadi MB daripada Pakatan, beliau bukan MB sebab namanya Khalid kerana mewakili Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Siang tadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya berkata PR sepatutnya mendahului apa yang akan berlaku dalam tempoh 24 jam akan datang dan bukannya menunggu keputusan mesyuarat PAS pada pada 17 Ogos ini.

“Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang mesti bertindak pantas dan tepat serta tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan krisis Menteri Besar Selangor kerana masa adalah amat penting.

“Jangan biarkan apa yang bakal berlaku dalam masa 24 jam ini mendahului mesyuarat AJK Pas Pusat pada 17 Ogos sekali gus menentukan kelangsungan pakatan pembangkang,” katanya

Kit Siang tidak menolak kemungkinan berlakunya pembubaran Pakatan adalah disebabkan oleh kenyataan tertentu yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini adalah sebabnya Muhyiddin sangat pantas mengisytiharkan sokongan tidak bersyarat 12 Adun Umno-Barisan Nasional kepada Khalid untuk kekal sebagai menteri besar,” katanya

Muhyiddin pada Isnin telah bahawa wakil rakyat Barisan Nasional Selangor akan menyokong Khalid sekiranya usul tidak percaya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

Kit Siang berkata, kempen itu akan mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka sesetengah pihak untuk mewujudkan “kerajaan perpaduan” UMNO-PAS.

“Kempen ini mula mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka setengah pihak yang menyokong ‘kerajaan perpaduan’ walaupun berselindung disebalik terminologi konsensus nasional” katanya.

Gesaan sama turut dibuat oleh anaknya, Guan Eng dalam kenyataan media hari ini yang mendesak PAS agar tidak menangguhkan keputusannya dan harus mengisytiharkan sama ada parti itu bersama PR atau bersama UMNO untuk mendukung Khalid.

Katanya, dengan terus menangguhkan menyatakan pendiriannya, ia seolah-olah tidak mengambil kira tanggungjawab terhadap mandat rakyat Selangor yang memberikan PAS sebanyak 15 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum lalu.

Guan Eng berkata jika PAS menyebelahi Khalid dan bukannya Presiden PKR, Wan Azizah , tindakan itu akan mendorong ke arah perpecahan Pakatan.

“Jika PAS enggan merestui pertukaran menteri besar Selangor, dengan menggantikan Khalid dengan pilihan PKR Wan Azizah, ia akan segera memecahkan dan menamatkan Pakatan, di Selangor dan di peringkat nasional,” katanya, dilaporkan Malaysiakini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan Bernama berkata partinya belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahad ini.

Kenyataan itu dibuat oleh Setiausaha Khas kepada Presiden PAS Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Semalam, Malaysiakini turut melaporkan Anwar terkedu sejurus selepas Khalid memberitahu bahawa Sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasannya bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Dalam reaksi segeranya di Twitter, Anwar menjawab tweet sebuah portal berita yang melaporkan perkembangan itu, hanya dengan menulis dua tanda soal “??”.

Menjawab soalan sultan, Khalid menjelaskan, di sebalik pemecatannya daripada PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota dewan negeri.

Justeru, kata Khalid, sultan berpuas hati dengan penjelasan yang dipersembahkan dan selanjutnya memperkenannya terus memegang jawatan menteri besar.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...