UtamaNASIONALBORNEOTembakan Dilepaskan Ke Arah...

Tembakan Dilepaskan Ke Arah Kediaman Menteri Sarawak - pakdin.my

Wong Soon Koh
Wong Soon Koh

Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah kediaman Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datuk Sri Wong Soon Koh, yang terletak di Jalan Ipoh di sini, antara 8.15 hingga 8.30 malam Rabu.

Isteri Wong, Datin Sri Leong Poh Ling berkata tembakan itu mengenai tingkap sebuah bilik tidur di tingkat satu yang menghadap jalan.

Sungguhpun semua anggota keluarga kecuali Wong, berada di rumah, tiada siapapun yang tercedera.

Leong berkata insiden itu hanya disedari pagi ini apabila anak lelakinya ternampak serpihan cermin tingkap di atas lantai bawah langsir.

Bercakap kepada pemberita di sini, Khamis, Leong berkata beliau ada mendengar bunyi letupan yang sangat kuat antara 8.15 hingga 8.30 malam.

“Saya melihat ke luar tingkap tapi tak nampak apa-apa pun. Saya sangkakan tayar kereta atau komputer riba seseorang yang meletup,” kata pesara guru berusia lingkungan 60-an itu.

Sebaik mendapati serpihan cermin tingkap dan lubang yang menembusi satu lagi cermin tingkap, beliau segera memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Anak lelaki Wong, Datuk Andrew Wong Kee Yee berkata beliau tidak pasti siapa yang menjadi sasaran orang yang melepaskan tembakan itu.

Andrew Wong, timbalan pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, berkata beliau percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan tugasnya yang termasuk menyelesaikan masalah penjaja di bandar ini.

“Walau apapun sebabnya, ini tidak betul. Kami menyerahkan kepada polis untuk menyiasat,” katanya.

Beliau berkata pemilihan masa untuk melakukan perbuatan itu menimbulkan tanda tanya memandangkan Soon Koh akan melancarkan Parti Rakyat Bersatu (UPP), parti politik terbaharu Sarawak, di Kuching pada Sabtu.

Soon Koh akan mengetuai parti itu berikutan pertelagahan dengan pemimpin parti yang disertainya sebelum ini, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan keluar daripada SUPP pada Mei tahun ini untuk menyertai satu lagi parti politik baharu dikenali sebagai Teras (Parti Tenaga Rakyat Sarawak) namun keluar pada Julai untuk menubuhkan UPP.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sibu Supt Martin Koo ketika ditemui di tempat kejadian mengesahkan tembakan itu dilepaskan ke arah rumah berkenaan menggunakan selaras senapang patah.

“Kami menjumpai satu kelongsong peluru dan sembilan peluru penabur di beberapa tempat di perkarangan rumah, betul-betul di bawah bilik tidur. Kami masih menyiasat,” katanya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...