Krisis MB Selangor: PAS tolak Wan Azizah sebagai MB – Mustafa Ali

mustafa-azmin

PAS menolak cadangan supaya Presiden PKR Datuk Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata PKR sedia maklum dengan pendirian PAS mengenai perkara itu dan alasan menolak cadangan itu telah pun diberitahu kepada PKR secara tertutup.

“Kami tidak bersetuju dengan (cadangan pelantikan) Wan Azizah bukan disebabkan gender,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat biro politik parti itu di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur Khamis malam.

Ditanya sama ada penolakan cadangan berkaitan dengan kelayakan Wan Azizah, Mustafa menjawab tidak sambil menegaskan beliau tidak berhasrat mendedahkan alasan penolakan itu.

Bernama melaporkan beliau turut menjelaskan bahawa PAS juga tidak mencalonkan sesiapa daripada parti itu sebagai menteri besar kerana masih berpegang kepada persetujuan bersama Pakatan Rakyat bahawa jawatan itu diberi kepada PKR meskipun PAS mengatasi bilangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Mustafa juga berkata PAS masih belum membuat sebarang keputusan penting berhubung pendirian parti mengenai kemelut menteri besar Selangor kerana perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadual pada 17 Ogos ini.

Mengenai tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah hari ini, Mustafa berkata mereka bertindak sendirian.

“Mereka bukan bertindak atas kapasiti parti. Kita akan menyiasat perkara ini dan untuk berlaku adil, kita akan minta mereka untuk beri penjelasan,” katanya.

Mengenai kehadiran empat Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS pada mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor semalam meskipun diminta PKR dan DAP untuk memboikotnya, Mustafa berkata kehadiran Exco berkenaan perlu untuk memastikan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat terus berfungsi.

“Kalau tidak ada empat exco itu, kerajaan negeri akan runtuh. Sebab itu, kehadiran mereka penting untuk pastikan kerajaan Pakatan Rakyat masih ada dan mereka hadir mewakili Exco PKR dan DAP yang dipecat.

“Kita juga lebih pentingkan kebajikan rakyat. Jika mereka tidak hadir, (kerajaan negeri) tidak boleh buat keputusan untuk rakyat,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Penolong Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan dan Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yaakob.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...