Krisis MB Selangor: Ahli Majlis Kekal, Kekosongan Dibuka Kepada Rakyat Selangor - pakdin.my

khalid-pecat-exco

Kerajaan Selangor memutuskan semua Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sedia ada dikekalkan jika mereka bersedia untuk terus berkhidmat di bawah kerajaan negeri rakyat ini.

Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang diadakan hari ini selepas mengambil kira senario politik semasa di negeri ini dan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya tempatan.

Bagi mengisi kekosongan 51 jawatan Ahli Majlis PBT di seluruh negeri, MTES membuat keputusan supaya tawaran untuk mengisi sebahagian kekosongan itu dibuka kepada rakyat Selangor yang berkelayakan.

Kerajaan Negeri mahu memastikan khidmat kesemua PBT di negeri ini kepada rakyat dipertingkatkan selari dengan taraf negeri Selangor negeri maju.

Sehubungan itu, Kerajaan Selangor mengalu-alukan rakyat Selangor dari golongan profesional dan aktivis masyarakat untuk memohon menjadi Ahli Majlis, menjadi sekaligus sebahagian daripada kerajaan rakyat ini.

Iklan tawaran ini untuk mengisi kekosongan Ahli Majlis ini akan disiarkan dalam akhbar-akhbar utama dalam tempoh terdekat ini.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Ahli Majlis Kekal, Kekosongan Dibuka Kepada Rakyat Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium