UtamaNASIONALMisi Bantuan Kemanusiaan KP1M...

Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M Ke Gaza Sedia Hadapi Kekangan Sepanjang Perjalanan - pakdin.my

wpid-kp1m-gaza.jpg

Misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersedia menghadapi sebarang kekangan yang bakal dihadapi sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 500 kilometer dari bandar Kaherah ke pintu sempadan Rafah.

Duta Malaysia di Mesir dan Palestin Datuk Ku Jaafar Ku Shaari berkata, pihaknya telah merancang koordinasi dan aturan keselamatan dengan kerajaan Mesir bagi memudahkan urusan misi bantuan itu.

Beliau berkata, antara cabaran yang bakal dilalui termasuk bilangan pos kawalan pasukan keselamatan yang banyak, kekurangan bekalan petrol serta liputan telekomunikasi yang terhad di sesetengah kawasan.

Bagaimanapun beliau yakin, pergerakan misi tidak akan menghadapi masalah, sebelum tiba di Ismailliyah, kira-kira 200km dari Kaherah.

“Bila kita dah sampai ke Ismailliyah, kita naik feri dan seberangi jambatan (Terusan Suez), selepas itu baharulah kita perlukan kawalan keselamatan yang lebih rapi…ini telah diatur,” katanya dalam taklimat kepada peserta misi, di sini, Jumaat malam.

Ku Jaafar berkata selepas menyeberangi Terusan Suez, terdapat lebih banyak pos kawalan polis dan tentera sehingga di utara Sinai memandangkan kawasan berkenaan aktif dengan aktiviti militan sehingga ke sempadan Rafah.

“Berdasarkan maklumat yang diberikan, kawasan itu mungkin mengalami gangguan perhubungan telefon, jadi mungkin agak susah nak berhubung.

“Di sana juga berlaku kekurangan gas dan gasoline…jadi dalam hal ini, saya dah minta pejabat sediakan gasoline dan sebagainya (untuk dibawa bersama),” katanya.

Ku Jaafar berkata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan semasa keselamatan pasukan misi itu.

“Dia minta kita berhati-hati, kerana sejak awal dia sangat ambil berat soal keselamatan,” tambah beliau.

Misi berkenaan yang turut disertai Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan bertolak ke sempadan Rafah pada kira-kira 7 pagi waktu tempatan (12 tengah hari waktu Malaysia), Sabtu selepas perancangan awal untuk bertolak pada 12.30 pagi, ditunda atas sebab keselamatan dan logistik.

Diketuai Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, misi bantuan kemanusiaan itu merancang untuk mengagihkan sebanyak 5,000 kotak bekalan makanan untuk 25,000 warga Palestin serta menyampaikan bantuan perubatan kepada mangsa serangan Israel di Gaza.

Media melaporkan, hampir 2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan kejam Israel di Semenanjung Gaza, sejak 8 Julai lalu.

Pada Rabu malam, agensi berita antarabangsa melaporkan, pihak Israel dan Palestin setuju melanjutkan tempoh gencatan senjata selama lima hari selepas tempoh gencatan senjata selama 72 jam sebelum ini, berakhir pada malam yang sama.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...