PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    BEERSIH 2.0 – Tian Chua Nafi Bukti Video Serbu Polis

    ..

    Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Rakyat (PKR), Tian Chua menafikan beliau bertindak kasar terhadap pasukan polis walaupun wujud rakaman video yang memaparkan aksinya mengetuai sekumpulan lelaki mnyerbu ke arah Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada perhimpunan haram Bersih 2.0 Sabtu lalu.

    Sebaliknya Ahli Parlimen Batu itu menegaskan beliau menyertai perhimpunan berkenaan dalam suasana aman tanpa melakukan provokasi terhadap mana-mana pihak khususnya pasukan polis.

    “Tak ada… tak ada (serang polis). Apa yang saya tahu saya berhimpun dalam keadaan aman,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bahawa polis akan menyiasat dakwaan tindakan kasar itu termasuk yang dilakukan oleh beberapa individu dan pemimpin pembangkang lain terhadap pasukan polis.

    Mengulas lanjut, Tian Chua berkata beliau sedia disiasat oleh pihak polis berhubung dakwaan berkenaan.

    “Siasatlah, saya tak ada masalah. Saya akan beri kerjasama,” katanya.

    Selasa lalu, laman blog http://ruangbicarafaisal.blogspot. com mendedahkan satu rakaman video bagaimana Tian Chua mengetuai sekumpulan lelaki cuba menyerang Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sewaktu berhimpun bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di KL Sentral.

    Video dengan itu juga dengan jelas memaparkan Tian Chua serta puluhan lelaki melaungkan perkataan ‘serang’ kemudian membuat kiraan satu sampai tiga, sebelum meluru ke arah FRU.

    Tian Chua sebelum ini pernah ditangkap kerana menggigit tangan seorang anggota polis dalam perhimpunan berhampiran Parlimen pada 2007 dan dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Oktober 2009.

    Akibat kesalahan itu, Tian Chua hampir hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen.

    Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi telah meringankan hukumannya kepada penjara dua bulan dan denda RM2,000, sekaligus mengelakkan satu lagi pilihan raya kecil diadakan.

    # Tag

    Berkaitan

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

    Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah