#MH17: Najib Minta Seluruh Rakyat Malaysia Bersatu Dalam Hiba

Jemaah menteri bertafakur selama seminit ketika menyaksikan Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat. Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 itu mendarat di KLIA pada pukul 9.54 pagi ini selepas 12 jam perjalanan dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam. Sejumlah 43 warga Malaysia terbunuh apabila MH17 ditembak jatuh di timur Ukaine pada 17 Julai.
Jemaah menteri bertafakur selama seminit ketika menyaksikan Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat. Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 itu mendarat di KLIA pada pukul 9.54 pagi ini selepas 12 jam perjalanan dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam. Sejumlah 43 warga Malaysia terbunuh apabila MH17 ditembak jatuh di timur Ukaine pada 17 Julai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu dalam menghadapi suasana hiba serta sama-sama mendoakan dan mengenang mereka yang menjadi mangsa dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu dalam menghadapi saat-saat memilukan ini dan sama-sama memanjatkan doa.

“Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesedihan yang dirasai ketika melihat jenazah dibawa pulang, doa dan harapan saya mengiringi mangsa dan keluarga #MH17,” kata Najib dalam laman Twitter beliau pada Jumaat.

Najib adalah antara mereka yang berada di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang untuk menghadiri istiadat memberi penghormatan kepada 20 mangsa tragedi itu, yang jenazah mereka tiba di tanah air hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah juga berkenan berangkat ke upacara itu, yang diadakan di kompleks bersebelahan bangunan terminal utama KLIA.

Pesawat khas membawa jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian di timur Ukraine pada 17 Julai itu, mendarat pada 9.54 pagi dan jenazah kemudian dihantar ke tanah perkuburan yang ditetapkan keluarga masing-masing.

Empat puluh tiga rakyat Malaysia adalah antara 298 orang yang terbunuh apabila Penerbangan MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Ukraine. Ia dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...