Sukan Olimpik Remaja: Cheam June Wei Sumbang Pingat Emas Pertama Negara

Cheam June Wei (belakang) bersama pemain dari Hong Kong, Ng Tsz Ya membalas hantaran lawan mereka dari Jepun, Tsuneyama Kanta yang berpasangan dengan pemain dari Taiwan, Lee Chia Hsin dalam acara akhir beregu campuran antarabangsa pada temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) di Pusat Sukan Gymnasium di Nanjing
Cheam June Wei (belakang) bersama pemain dari Hong Kong, Ng Tsz Ya membalas hantaran lawan mereka dari Jepun, Tsuneyama Kanta yang berpasangan dengan pemain dari Taiwan, Lee Chia Hsin dalam acara akhir beregu campuran antarabangsa pada temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) di Pusat Sukan Gymnasium di Nanjing

NANJING: Pemain badminton negara, Cheam June Wei mengukir sejarah dalam temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) apabila berjaya menyumbang pingat emas pertama negara menerusi acara beregu campuran antarabangsa di Pusat Sukan Gimnasium di sini, Jumaat.

Pemain berusia 17 tahun itu mengakhiri kemarau pingat kontinjen negara apabila beliau dan gandingannya dari Hong Kong, Ng Tsz Yau mengalahkan gandingan Tsuneyama Kanta (Jepun)/Lee Chia Hsin (Taiwan) dalam straight set 21-14 dan 23-21 pada saingan akhir.

Pingat gangsa diperoleh gandingan Angoda Vidanalage (Sri Langka)/He Bingjiao (China) selepas mengalahkan gandingan Narongrit Mek (Thailand)/Qin Jinjing (China), juga dengan straight set 21-16 dan 21-18.

Cheam yang ternyata gembira dengan kejayaan tersebut berkata kemenangan itu bukan milik peribadi dirinya sebaliknya perlu dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia yang telah banyak memberi sokongan moral kepada kontinjen negara.

“Sudah pasti sebagai rakyat Malaysia, saya cukup bangga dan bertuah kerana dapat membawa pulang pingat emas pertama negara di YOG 2014 dan saya berharap mampu meneruskan kejayaan yang sama pada kejohanan-kejohanan yang berikutnya selepas ini,” katany.

Cheam mengaku bahawa beliau sedikit kecewa apabila terkandas di peringkat suku akhir dalam acara perseorangan lelaki setelah tewas 22-20, 18-21 dan 12-21 kepada pemain India, Joshi Aditiya, Rabu lepas.

Beliau berjanji akan memperbaiki kelemahan dalam acara individu apabila pulang ke tanah air nanti.

Ditanya sama ada akan memberi tumpuan kepada acara beregu selepas ini, Cheam berkata, beliau tidak mungkin akan berbuat demikian dalam masa terdekat ini kerana lebih berminat dengan acara perseorangan.

“Saya tetap akan main dalam acara perseorangan kerana badan saya tidak cukup kuat untuk bermain dalam acara beregu yang lebih memerlukan tenaga,” katanya.

Cheam berkata beliau berterima kasih kepada jurulatih untuk YOG 2014, Zhou Kejin yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya selama ini.

“Beliau (Zhou) merupakan seorang jurulatih yang berpengalaman dan bijak memberi arahan mengenai apa yang perlu dan tidak perlu saya lakukan ketika berada dalam gelanggang,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...