BERITAKongres sayap PKR tak dapat sambutan dari ahli

Kongres sayap PKR tak dapat sambutan dari ahli

kongres-amk-2014

Entah apa silapnya Kongres sayap AMK dan Wanita PKR yang diadakan pada Hari Berkabung Negara tidak dapat sambutan dari ahli sendiri.

Untuk Kongres AMK PKR, ketika Timbalan Presiden Azmin Ali membacakan teks perasmian hanya 265 dari 747 perwakilan mendaftar.

Itu jumlah yang ‘cukup-cukup makan’ sebab korum 1/3 adalah 249.

Selain Kongres AMK, persidangan Tahunan Wanita PKR juga tidak mendapat sambutan apabila hanya sebahagian tempat disediakan yang dipenuhi perwakilan.

Ketua Wanitanya, Zuraidah Kamaruddin dalam ucapannya menyifatkan masih ramai lagi perwakilannya yang sesat di dalam Stadium Malawati.

“Wanita diberi ruang yang besar di sini.

“Saya difahamkan ramai yang masih sesat dalam stadium ini. Kena cepat-cepat ya penuhi kerusi yang ada,” katanya ketika memberi ucapan.

Menurut Sinar Harian, berdasarkan perhatian, setakat jam 9.45 pagi hanya sebahagian kerusi yang disediakan penganjur dipenuhi perwakilan.

Mengikut tentatif program yang disediakan kepada media, pendaftaran perwakilan telah bermula sejak 7 pagi tadi sehingga 9 pagi.

Kemudian diikuti ucapan Ketua Wanita PKR dan ucapan perasmian Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami