PAS Tidak Akan Tuntut Jawatan MB Selangor

 

wan-azizah-ditolak-biro-politik-pas

Kepemimpinan PAS Pusat pada Ahad menegaskan parti itu tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu kekal dan sama dengan keputusan yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa PAS Pusat yang dibuat sebelum ini.

“PAS Pusat hari ini (Ahad) mengekalkan keputusan yang pernah dibuat sebelum ini bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar di Selangor.

“Kita setuju bahawa jawatan menteri besar itu adalah slot untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya selepas mengadakan mesyuarat bulanan parti di Ibu Pejabat PAS, di sini, Ahad.

Menurut Mustafa tidak timbul isu tentang calon di kalangan wakil rakyat PAS dengan ketetapan terbaharu yang dibuat ini.

“Nama (calon) tak apa…Tuanku cuma minta cadangan.

“Nama tak jadi persoalan,” katanya ringkas.

Ditanya sekiranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melantik menteri besar daripada Adun PAS beliau berkata, perkara itu hanyalah andaian.

“Kita tak mahu buat andaian apa yang Tuanku buat keputusan…tak manis,” katanya.

Beliau menambah, keputusan yang telah dibuat itu sebagai ‘difahami semua’.

“Bagi kita di peringkat Pusat, sebagaimana yang kita sebut jawatan Menter Besar Selangor, PAS tak tuntut dan itu difahami semua,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui selepas sidang media berkata, parti itu akan menolak sekiranya Adun PAS dilantik sebagai menteri besar Selangor.

“Kita tolaklah,” jawabnya ringkas.

Sultan Selangor sebelum ini menitahkan supaya PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar sebelum 3 September bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meletak jawatan.

Sultan Selangor bagaimanapun menangguhkan peletakan jawatan tersebut sehingga menteri besar baharu dilantik.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...