PAS – DAP siapa tarbiah siapa, BN pula yang di salahkan. - pakdin.my

 

Kalau mengambilkira ini satu perlawanan bolasepak kedudukan PAS VS DAP sudah 1-0.Perlawanan setakat ini memihak kepada DAP.Ini bila PAS terpaksa tunduk kepada tekanan DAP agar mengugurkan hajat nak tubuh Negara Islam yang pernah jadi modal politiknya sebelum ini dan terpaksa berselindung disebalik gagasan Negara Berkebajikan pula.

Kini perhatian bertumpu ke Kedah bila kerajaan negeri PAS hendak menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mengenakan larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan seperti karaoke, pub, disko, dan persembahan terbuka.

Guruh sudah pun berbunyi bila mana bos-bos DAP baik negeri maupun pusat sudah mempertikaikan langkah kerajaan pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Terbaru Singa DAP Karpal Singh  yang pernah ancam langkah mayatnya jika PAS nak tubuh Negara Islam sudah mengaum.

Dalam kenyataannya Jumaat Pengerusi DAP itu mengingatkan  kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang.

Amarannya kepada PAS Kedah cukup jelas bila beliau secara terbuka berkata, “DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya.

Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim.Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan,” katanya.

azizan-kit513

Dari sudut politik DAP tahu jika  tidak bising dan memastikan PAS tunduk lagi dalam isu ini …ia pasti kantoi.

MCA dan GERAKAN tidak bersetuju dan pentadbiran PAS Kedah boleh menerima atau menolak saranan mereka.

DAP pula ‘mengarahkan’ bermakna pentadbiran PAS kedah kena patuh kepada arahan tersebut berasaskan persefahaman yang telah dibuat bersama Pakatan Rakyat.

Baca drama seterusnya di AGENDAILY

UTAMAPAS - DAP siapa tarbiah siapa, BN pula yang di salahkan.

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium