Sultan anggap PKR, DAP biadap dan derhaka hantar satu nama - pakdin.my

khalid-tuanku-sultan-selangor

Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya menghantar satu nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor dianggap biadap dan satu penderhakaan kepada titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda turut merasa dukacita diatas tindakan kedua-dua parti yang hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekaligus engkar titah baginda yang meminta parti dalam Pakatan Rakyat (PR) memberikan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar.

sultanselRasa dukacita baginda dizahirkan melalui kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani, pada pagi Isnin.

Menurut kenyataan itu, baginda sudah menerima senarai nama daripada PAS,PKR dan DAP seperti titah Sultan Selangor melalui surat bertarikh 27 Ogos lalu.

Namun, demikian hanya parti PAS yang akur dengan menyenaraikan tiga nama calon Menteri Besar Selangor.

Manakala DAP dan PKR masing-masing hanya mengemukakan nama Wan Azizah.

“Sultan Selangor amat dukacita atas tindakan parti DAP dan PKR yang engkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos . Tindakan pari DAP dan PKR menggambarkan kebiadaban kepada instutusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor,” kata kenyataan itu.

Titah Sultan Selangor supaya mengemukakan lebih dua nama adalah amalan konvensi yang dilaksanakan baginda bagi membolehkan Tuanku membuat pemilihan terhadap bakal menteri besar dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Adun malah kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seorang Adun tersebut.

Menurut kenyataan itu, dengan penerimaan senarai calon-calon tersebut, baginda akan menelitinya dan akan mengambil kira segala aspek dalam menilai setiap calon sebelum sebarang keputusan dibuat.

Dalam masa sama memandangkan kuasa melantik menteri besar terletak pada budi bicara Sultan Selangor, baginda akan meneliti nama-nama Adun yang lain dari pakatan rakyat yang berkelayakan pada fikiran baginda mendapat kepercayaan majoriti Adun

UTAMAPOLITIKSultan anggap PKR, DAP biadap dan derhaka hantar satu nama

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium