Seorang maut, manakala dua lagi parah apabila seorang lelaki secara tiba-tiba menyerang dan melepaskan tembakan terhadap sekumpulan lelaki yang ketika itu sedang duduk bersama rakan rakannya.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam tadi berhampiran Plaza Tol Bidor, Di Tapah Perak.
Seorang mangsa parah, selepas terkena tembakan di leher dan seorang lagi cedera di bahagian tangan.
Kesemua mangsa dibawa ke hospital tapah untuk rawatan.
Menurut saksi, ketika kejadian, suspek berjalan kaki menuju ke arah mangsa sebelum melepaskan tembakan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.