BERITALembu Mati, Kereta Remuk Akibat Berlanggar Di SKVE

Lembu Mati, Kereta Remuk Akibat Berlanggar Di SKVE

wpid-nahas-skve-langgar-lembu-kereta.jpg

SERDANG: Pelanggaran antara Toyota Vios dan lembu yang berkeliaran di Kilometer 0.8 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) menyebabkan berlakunya kesesakan teruk di laluan arah ke Putrajaya pada malam Jumaat.

Lembu berkenaan dipercayai dari ladang berhampiran Hospital Serdang memasuki laluan tengah SKVE apabila kenderaan itu terlanggarnya pada kira-kira pukul 8.30 malam. Lembu itu mati di tempat kejadian.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan itu, pegawai kewangan Muhamad Shukri Abdullah berkata, beliau tidak sempat membrek apabila pemanduannya dikejutkan dengan kehadiran lembu di lorong tengah lebuh raya itu.

wpid-nahas-skve-langgar-lembu-mangsa.jpg

“Lembu itu melambung ke kereta saya dan menyebabkan cermin depan pecah sebelum ia jatuh ke jalan.

“Muka saya pula cedera akibat terhentak ke cermin yang pecah itu,” katanya.

Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut.

Pegawai bank, Ahmad Uwais, 25, membuat panggilan kecemasan itu selepas menyaksikan kemalangan itu sebelum ambulans tiba kira-kira 15 minit kemudian.

“Ini bukan kali pertama lembu berkeliaran dan menyebabkan berlakunya kemalangan di kawasan ini.

“Sepatutnya pemilik haiwan itu menjaga ternakannya supaya tidak merayau-rayau ke jalan kerana ia membahayakan pengguna jalan raya,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami