PILIHAN RAYANik Aziz Akui Tak Kenali Calon PAS Secara Peribadi #PRKPengkalanKubor

Nik Aziz Akui Tak Kenali Calon PAS Secara Peribadi #PRKPengkalanKubor

uhyiddin bersalaman dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebaik tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Pengkalan Kubor di Tumpat
uhyiddin bersalaman dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebaik tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Pengkalan Kubor di Tumpat

TUMPAT: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui tidak mengenali secara peribadi calon yang dipertaruhkan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, namun percaya PAS memilih yang terbaik.

Beliau berkata, walau siapa pun calon yang bertanding di atas tiket PAS, beliau akan memberikan sokongan dan menyimpan harapan untuk menang.

“Saya tak kenal calon secara peribadi tapi bila jawatankusa PAS dah buat keputusan, itulah calon terbaik,” katanya kepada pemberita ketika hadir ke pusat penamaan calon PRK Pengkalan Kubor di sini, Sabtu.

Menurut Nik Aziz yang diminta mengulas lanjut mengenai PRK kali ini, dalam pilihan raya, pengundi membuat pemilihan mengikut kehendak sendiri.

Katanya, pengundi sudah matang untuk membuat keputusan dengan melihat kehidupan di dunia dan akhirat.

“Pilihan raya biar benar-benar pilihan…tak ada paksaan raya.

“Orang yang mengundi sudah akil baligh, sudah faham keadaan hidup di atas dunia bersama akhirat,” katanya.

Pada PRK DUN Pengkalan Kubor, PAS mencalonkan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] UMNO dan Isyarat Pilihan Raya Awal: Antara Mandat Baharu dan Realiti Politik Semasa

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami