BERITA13 Kakitangan Kastam Termasuk Berpangkat Datuk Direman

13 Kakitangan Kastam Termasuk Berpangkat Datuk Direman

Sebahagian daripada 13 kakitangan Kastam yang ditahan SPRM dan dihadapkan ke mahkamah untuk mendapat perintah reman di Petaling Jaya
Sebahagian daripada 13 kakitangan Kastam yang ditahan SPRM dan dihadapkan ke mahkamah untuk mendapat perintah reman di Petaling Jaya

Seramai 13 pegawai dan kakitangan Kastam, termasuk pengarah negeri berpangkat Datuk ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan sindiket penyeludupan arak dan rokok.

Tahanan reman terhadap mereka yang berusia antara 32 hingga 57 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.

Kesemua tahanan tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 9.50 pagi dengan menaiki sebuah bas.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bagi membolehkan kesemua mereka disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Kesemua tahanan dilaporkan telah ditahan pada Rabu di sekitar Lembah Klang selepas dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan rokok dan arak melibatkan kerugian sebanyak RM4 bilion kepada kerajaan sejak 2011.

Ia juga merupakan susulan daripada tangkapan terhadap 22 individu termasuk 12 pegawai Kastam pada 3 September lalu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kes Renovasi Rumah Peribadi Bekas COO Tabung Haji: Isu Kecil Yang Dijadikan Kes Seksyen 165?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami