Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKMuktamar PAS: Seorang Lagi...

Muktamar PAS: Seorang Lagi ProPKR Kena Booo – Hanipa Maidin Ramal PAS Bakal Runtuh Jika Patuh Titah Sultan (video) - pakdin.my

hanipa-maidin

Kerajaan PAS bakal runtuh dan lenyap dalam masa singkat sekiranya parti itu berkeras untuk menerima titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membentuk kerajaan di Selangor.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Mohamed Hanipa Maidin ketika memberikan amaran keras itu berkata, krisis politik di Selangor tidak akan berakhir jika PAS menerima jawatan menteri besar yang baharu.

Tidak senang dengan ramalan proPKR itu, perwakilan dan pemerhati Muktamar PAS bertindak menyorak ‘booo’ kepada Hanipa.

“Anda boleh ‘booo’ sekuat hati pun. Boleh teriak, tapi saya tetap berhujah bersandarkan fakta.

“Kita nak buat keputusan perlulah berdasarkan prinsip yang rasional dan munasabah. Mengambil kira apakah isu yang sebenar. Bukan berdasarkan sorakan atau ‘booo’ tuan-tuan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Sabtu.

Kejadian memalukan itu merupakan yang kedua sepanjang muktamar berlangsung selepas wakil pembahas Pemuda PAS, Mohd Sani Hamzan turut menerima sorakan ‘booo’ kerana menggesa PAS mengingkari titah istana sekiranya PAS dipilih menduduki kerusi panas menteri besar.

Terdahulu Hanipa menjangkakan PAS akan diboikot oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat kerana membelakangi janji bahawa kerusi menteri besar Selangor adalah milik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kita tak boleh lari daripada tuduhan PAS telah mungkir janji. Tapi kalau kita boleh tangani isu itu, silakan ambil (jawatan).

“Dari sudut perundangan adakah kita terfikir kerajaan yang akan dibentuk itu kuat ataupun lemah. Apabila kita terima jawatan, saya percaya rakan kita tidak akan menyokong kita.

“Sebab kita janji kerusi itu untuk PKR. Bila kita ambil dalam keadaan kita tak mendapat sokongan PKR, bolehkah kita nak jadi menteri besar yang kuat,” soalnya denga tegas kepada perwakilan.

Soalan Hanipa itu disambut dengan jawapan “boleh” oleh sebilangan perwakilan.

“Boleh apa?” soalnya kembali sambil disambut suara-suara rungutan oleh perwakilan dan pemerhati muktamar.

Insiden kekecohan itu bagaimanapun terpaksa diredakan oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail yang meminta semua pihak bertenang.

Meneruskan ucapannya, Hanipa juga tidak menolak kemungkinan bahawa kemungkinan PAS akan berhadapan pilihan raya negeri sekiranya tidak mendapat sokongan di DUN Selangor.

“Ketika itu kita akan buka ruang bahawa kerajaan ini (sekiranya PAS jadi menteri besar) akan dicabar dan tak mustahil kerajaan PAS ini akan berakhir dalam keadaan yang kita tak suka…akan berlakunya pilihan raya,” katanya.

 

 

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480