Muktamar PAS: Hadi Gelar Dua Adun PAS Barua PKR

“Walaupun tak ada persefahaman menentukan siapa jadi menteri besar…tak ada perjanjian bertulis. Walaupun PAS ada 15 kerusi, PKR (14) dan DAP (15) serta Perlembagaan Selangor menyebut menteri besar seharusnya Melayu dan Islam, PAS tak tuntut (jawatan menteri besar).
“Tapi ingat…di sana ada hukum syarak, bukan hukum akal sahaja,”
– HADI AWANG

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada sesi ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 Batu Pahat 1435/2014 di Parit Raja, Batu Pahat
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada sesi ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 Batu Pahat 1435/2014 di Parit Raja, Batu Pahat

PAS menyifatkan dua wakil rakyatnya yang bertindak menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon Menteri Besar Selangor sebagai ‘barua’ Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) dianggap melanggari baiah atau sumpah taat setia kepada parti.

“Kita tak memandang ringan (tindakan) dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker…yang jadi barua.

“Tidakkah tiap-tiap wakil rakyat kita berbaiah masa nak jadi calon dulu,” katanya tegas ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Sabtu.

Selain itu Abdul Hadi turut mendakwa sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR ‘membeli’ dua Adun mereka demi mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

“Ini pula curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat, inikah etika kita bertahaluf?

“Kita tak boleh pandang ringan. Jangan pandang ringan atau ambil mudah nak bagi (amanah menjadi menteri besar) begitu sahaja. Ada amanahnya,” katanya.

Tegas Abdul Hadi lagi, PAS tidak akan berdiam diri dalam soal calon pengganti menteri besar Selangor jika pemilihannya tidak mengikut ajaran Islam.

“PAS tak boleh berdiam diri kalau melantik seseorang (sebagai menteri besar) kerana kecenderungan (pilihan tanpa asas) dan bukan kerana kelayakan.

“Apa lagi kalau bukan kerana amanahnya. Dilantik begitu sahaja. Saya tak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam (jika salah pilih),” katanya.

Bagaimanapun Abdul Hadi menegaskan bahawa PAS tidak berminat untuk menduduki kerusi panas itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Namun katanya, pemilihan calon untuk memikul tanggungjawab perlu dibuat dengan kaedah yang betul.

“PAS tak berebut jawatan menteri besar. PAS tak pelahap (tamak) nak jawatan menteri besar.

“Walaupun tak ada persefahaman menentukan siapa jadi menteri besar…tak ada perjanjian bertulis. Walaupun PAS ada 15 kerusi, PKR (14) dan DAP (15) serta Perlembagaan Selangor menyebut menteri besar seharusnya Melayu dan Islam, PAS tak tuntut (jawatan menteri besar).

“Tapi ingat…di sana ada hukum syarak, bukan hukum akal sahaja,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...