Sunday, March 3, 2024

Krisis MB Selangor: Anwar Buat Dua Kenyataan Berbeza Mengenai Azmin Dalam 30 Minit- pakdin.my

Dalam tempoh 30 minit saja, dua laporan yang bercanggah telah dikeluarkan sebentar tadi. Mula-mula telah dilaporkan oleh Malaysia Insider online;

Anwar angguk... Malaysia Insider
Anwar angguk… Malaysia Insider

Antara lain dilaporkan Anwar telah telefon Saifuddin Nasution dari Turki untuk membuat keputusan dengan bersyaratkan perlantikan Ahli-Ahli Majlis dan pegawai-pegawainya di pejabat Menteri Besar nanti.

Seterusnya boleh dibaca … DI SINI

Tidak sampai 30 minit, laporan bercanggah pula diterbitkan;

Anwar geleng ... MalayMail
Anwar geleng … MalayMail

MalayMail Online pula menulis yang laporan awal adalah tidak benar dan disahkan oleh beberapa pemimpin PKR kerana mereka baru saja memohon untuk menghadap Sultan Selangor untuk meyakinkan tuanku tentang sokongan majoriti ADUN, sebelum MB baru dilantik Selasa, minggu hadapan.

Jika rajin, bacalah seterusnya … DI SINI

PKR benar-benar sudah kelam kabut dibuatnya.

Inilah hasil daripada kedegilan, keangkuhan Anwar dan PKR. Yang pasti, dapat dirasakan Tuanku Sultan Selangor telah membuat keputusannya.

Kita tunggu saja upacara melantik Menteri Besar yang baru pada hari Selasa nanti.

Laporan-laporan sebegini, mampu membuat bukan saja kepala Anwar akan tercabut, malahan kesemua pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat tercabut juga.

Yang pasti, Tuanku Sultan telah membuat keputusannya dan yang lebih pasti, Wan Azizah bukan pilihan Tuanku.

Krisis MB: PKR Nafi Beri Restu Kepada Azmin

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu menafikan dakwaan bahawa Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi restu kepada Timbalan Presidennya, Azmin Ali sekiranya beliau dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata parti juga tidak akan memberi sokongan kepada mana-mana calon lain bagi jawatan tersebut selain daripada Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya ingin menegaskan pendirian rasmi PKR dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu tidak berubah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Saifuddin turut menegaskan bahawa Dr Wan Azizah telah mendapat sokongan majoriti dengan 30 daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyatakan sokongan kepada beliau sebagai calon tungggal bagi jawatan berkenaan.

Azmin, juga antara mereka yang turut menandatangani SD berkenaan, dikatakan merupakan salah seorang calon yang akan dilantik sebagai menteri besar.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pendirian parti menetapkan hanya Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk memegang jawatan berkenaan dan pendirian tersebut tidak berubah.

Beliau berkata semua laporan berita yang memetik sumber, adalah tidak berasas.

Majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada 10 pagi Selasa.

UtamaPOLITIKKrisis MB Selangor: Anwar Buat Dua Kenyataan Berbeza Mengenai Azmin Dalam 30...

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR