Peristiwa memberi pengajaran

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Muktamar PAS: Berakhir Tanpa Salam Damai Antara Hadi, PKR dan DAP - pakdin.my

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada sesi ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 Batu Pahat 1435/2014 di Parit Raja, Batu Pahat

Kecuali pada tahun ada pemilihan jawatan,Muktamar PAS adalah acara tahunan ‘biasa-biasa saja’.Sebaliknya pada muktamar kali ke 60 selama tiga hari yang berakhir di Batu Pahat petang Sabtu sekitar 200 wartawan mendaftar untuk buat liputan.

Yang pasti ia bukan berpunca dari muktamar kali ini buat pertama kali diadakan di negeri Johor yang merupakan kubu buat UMNO.

Malah ada media internet yang tarik wartawan dari liputan kempen di Pengkalan Kubor di Kelantan ke Batu Pahat kerana merasa berita mengenai Muktamar PAS kali ini lebih ‘boleh jual’.

Sebabnya tidak perlulah cerita panjang-panjang.Isu Menteri Besar Selangor dimana PAS bergasak sakan dengan PKR dan DAP dan juga ketegangan dalaman parti itu kerana isu berkenaan membuatkan semua orang nak tahu segera cerita sekitar muktamar itu.

Tanyalah mana-mana wartawan yang pernah membuat liputan Muktamar PAS selama ini.Semua bersetuju muktamar kali ini memang lain macam.

Seperti yang diduga isu Menteri Besar Selangor dan pertikaian antara pemimpin PAS menguasai perbincangan dan cakap-cakap sekitar muktamar.

Ini bermula dari muktamar sayap Dewan Ulamak,Pemuda,Muslimat di tiga tempat berasingan pada 16 dan 17 September dan seterusnya muktamar utama dari 18 hingga 20 September.

Awal-awal lagi Muktamar Pemuda di Kota Tinggi telah diwarnai dengan tindakan lebih 50 perwakilan yang keluar dewan semasa Timbalan Presiden PAS Mat Sabu berucap merasmikan muktamar itu kerana dipercayai memprotes gelagatnya buat kenyataan bercanggah dengan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Ini belum pernah berlaku dalam sejarah Muktamar PAS.

Orangramai juga dapat menyaksikan sendiri gambar Mat Sabu di papan besar mengalu-alukan kehadiran perwakilan ke muktamar di tepi sebatang jalan di Batu Pahat di sembur cat hitam.

Di muktamar utama semua wakil yang menyertai perbahasan menyentuh isu Menteri Besar Selangor dan gelagat pemimpin PAS yang lawan tauke condong kepada pendirian PKR dan DAP dalam isu itu.

Doa panjang selama lebih 20 minit yang dibacakan oleh wakil Wilayah Persekutuan,Azhari Ariffin menghentam puak ini termasuk Mat Sabu masa perbahasan dilihat sebagai kemuncak melepas rasa geram itu.

Ini ditambah dengan tindakan perwakilan boo terhadap Ahli Jawatankuasa Pusat,Hanipa Maidin yang cuba memberi rasional mengapa PAS tidak harus terima jawatan Menteri Besar Selangor.

Sebelum itu wakil Pemuda PAS yang berucap meminta tolak jawatan Menteri Besar jika Sultan Selangor pilih ADUN PAS juga menerima reaksi ramai menentang.

Dari insiden-insiden ini semua orang sudah dapat membuat tafsiran bagaimana marah dan geramnya sebahagian besar perwakilan PAS terhadap PKR dan DAP serta sikap pimpinan PAS yang tidak menghayati pendirian Presiden PAS dalam isu Menteri Besar.

Paling ketara Dewan Ulamak yang merupakan abang sulong dalam sayap PAS tidak berselindung mahu PAS terima jawatan Menteri Besar jika Sultan pilih ADUN PAS.

Muslimat yakni sayap wanita pula mahu Muktamar PAS membuat pendirian rasmi tentang ini.

Menariknya suasana tenang dan lebih relaks terasa masa Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali,tiga Naib Presiden Salahuddin Ayub,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa serta Timbalan Presiden Mat Sabu mengulong perbahasan menjelang penutup muktamar.

Mustapha telah cuba tenangkan keadaan dengan menceritakan beberepa kisah belakang tabir isu Menteri Besar termasuk menafikan dakwaan konon Mat Sabu tidak mempertahankan keputusan PAS dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat.

Salahuddin dan Husam pula mengambarkan bagaimana hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat telah banyak manafaat politik kepada parti itu.

Mat Sabu pula nafi beliau hendak jatuhkan Hadi dan menceritakan bagaimana beliau sendiri membantu Presiden PAS itu dan orang kanannya Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Tantawi dalam kempen pilihanraya.

Timbalan Musyridul Am PAS Datuk Dr Haron Din berucap dengan nada tenang meminta memikirkan perlu tidak PAS mengkaji semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat.Katanya selagi tidak langgar syarat tidak jadi masalah.

Beliau antara lain menjelaskan Majlis Syura Ulama PAS telah menetapkan enam syarat berlandaskan Islam sebelum membuat keputusan untuk berkerjasama dengan PKR dan DAP.

Haron meminta semua pihak memperkasakan Majlis Syura Ulama dengan mematuhi dan mentaati keputusannya.

Kata-katanya itu dipercayai jelas merujuk kepada tindak tanduk beberapa pemimpin PAS yang membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama dalam isu Menteri Besar Selangor.

Apa yang sangat ditunggu-tunggu menjelang penutup muktamar itu tentulah ucapan pengulongan Hadi.

Di luar dugaan ramai nadanya jauh berbeza dengan ucapan perasmian muktamar itu pada pagi Khamis dimana Presiden PAS itu nampak lebih tenang membaca teks.

Ibarat gunung berapi yang menunggu masa untuk meletup,Hadi berucap dengan nada garang dan nyaring selama hampir satu jam.

Presiden PAS itu meluah rasa termasuk menghentam perbuatan belot dan mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Selangor menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk jawatan Menteri Besar.

Semua orang dengar perkataan ‘ barua’ tersuman dicelah kemarahannya.

Beliau berkisah panjang mengenai perlunya ahli PAS kekal setia pada PAS dan tidak membawa agenda parti lain sekalipun berkerajasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Tajam sekali kata-katanya termasuk mengingatkan jangan jadikan PAS sebagai ‘ hotel’ dan ‘ jambatan pendek’.

Para perwakilan yang tadi tenang jelas memberi reaksi spontan yang terus mendokong kemarahan Presiden mereka.

Senang cakap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang boleh tidak tidor malam mengenangkan masa depan hubungan mereka dengan PAS kalau mereka meneliti setiap ayat dari ucapan Hadi itu.

Jelas sekali tidak ada ‘salam damai’ dari Presiden PAS itu pada PKR dan DAP.

Hadi bukan sahaja tetap mempertahankan tindak tanduk PAS dalam isu Menteri Besar Selangor malah tegaskan beliau ‘ tidak mahu bawa ahli PAS ke neraka’.

Ketika analisis ini ditulis,Ahad Sultan Selangor masih belum umum keputusan siapa yang bakal dilantik Menteri Besar Selangor samamada dari PAS atau PKR.

Jika Menteri Besar dari PAS semua orang sudah boleh buat jangkaan bom yang akan meletup.

Juga jika bukan Wan Azizah dan sebaliknya ADUN PKR lain dilantik belum tentu hubungan antara PAS-PKR-DAP akan terus reda begitu sahaja.

Diatas kertas PKR-DAP akan tetap anggap PAS rosakan agenda politik mereka untuk menobatkan Wan Azizah….makala PAS tetap anggap PKR-DAP yang khianatinya menerusi ‘Langkah Kajang’ dengan menukar Menteri Besar.

Semua orang tertanya-tanya bagaimana Anwar dan Kit Siang hendak bertentang mata dengan Hadi selepas ini.

Mungkin mereka boleh main wayang tepuk tampar dan salam mesra depan khalayak ramai…namun dalam hati ‘ sendiri mau ingat’.

Dalam konteks politik itu dikira satu senario fantasi.

Bagaimana pula realitinya selepas ini?

Mampukah rajuk merajuk ini bertahan? PAS terus tarik muka pada PKR dan DAP dan begitu juga sebaliknya.

Ada pemerhati politik yang meramalkan PAS akhirnya terpaksa tunduk merafak sembah kepada PKR dan DAP juga.

Atas sebab ini mereka nampak macam Anwar dan Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng tidak hairan ambil pot langsung dengan kedegilan PAS dalam isu Menteri Besar.

Bagi pemerhati ini analisanya mudah yakni PAS yang lebih banyak ‘ bergantung undi’ pada PKR dan DAP semasa pilihanraya.

Ini kerana DAP khususnya yang pegang majoriti pengundi Cina yang undi PAS.

Keresahan PAS ini digambarkan oleh Husam dalam ucapan pengulongannya.Beliau mengingatkan sembilan dari 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor yang dimenangi calon PAS adalah ‘sekadar cukup makan’.

Mesejnya jelas bermakna tanpa undi Cina….PAS bungkus.

Ada yang bertanya kemana agaknya dua ADUN PAS yang belot,Saari Sungip (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) nak bawa diri jika mereka dipecat kerana langgar baiah PAS.

Agak selamat untuk meramalkan PKR akan buka pintu yang luas kepada mereka berdua.

Dari situ PAS yang kini 15 ADUN akan tinggal 13.

Bagaimana nanti agaknya masa pilihanraya umum ke 14 tiga tahun lagi?

Juga bagaimana nasib PAS di negeri-negeri lain tanpa dokongan pengundi Cina.

Semua ini sedang bermain dalam mimpi ngeri orang PAS pada ketika mereka cukup marah dengan ‘Langkah Kajang’ yang dicipta oleh PKR.

Jangan kata Husam,malah Salahuddin,Hanipa Maidin dan ramai lagi pimpinan PAS termasuk Mat Sabu dan tentunya Hadi sedar tentang realiti ini.

Semua orang sedang teropong untuk melihat senario hari-hari mendatang.Fokusnya utama…siapa lagi kalau bukan pada Hadi.- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

[VIDEO] Perhimpunan Agung UMNO 2024: Tambat hati generasi GenZ dan milennial yang menilai melalui media sosial

Semua jentera parti dan sayap pergerakan perlu mempunyai operasi elektronik khusus bagi mengurus kecanggihan genZ dan milenial.

[VIDEO] UMNO guna lambang dacing pada PRU16 – Ahmad Zahid

Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan kepimpinan dan ahli-ahli di akar umbi bahawa dalam pilihan akan datang kita harus menggunakan, tetap menggunakan lambang dacing, lambang Barisan Nasional.

[VIDEO] Sidang Media Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena PAU 2024

Kita mempunyai pelbagai fokus pada kali ini untuk sayap-sayap mereka mempunyai agenda tersendiri bagi memperkukuhkan parti, ini terhasil daripada kemenangan daripada Nenggiri. Semangat membara semula.

Azalina tidak fokus, Ketua Penerangan UMNO perlu ditukar

UMNO Cawangan SS9A, Damansara mengusulkan satu pertukaran atau rombakan bagi jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang disandang oleh Datuk Seri Azalina Othman Said

[VIDEO] Rumah sembelihan ayam diserbu di Puchong, langgar prosedur Pensijilan Halal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu sebuah rumah penyembelihan ayam di Puchong

[VIDEO] Anggur Shine Muscat yang ditanam di China tercemar dengan bahan kimia berbahaya

Anggur Shine Muscat yang diimport dari China didapati mengandungi banyak bahan kimia berbahaya menurut Thai Pesticides Alert Network (Thai-Pan) dan Yayasan untuk Pengguna yang diumumkan hari ini.

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

Polis Thailand rampas 100 kilo metamfetamin (syabu) berhampiran sempadan Malaysia

Polis menemui satu operasi penyeludupan besar-besaran berhampiran sempadan Thailand-Malaysia, merampas 100 kilogram metamfetamin yang disembunyikan di dalam ruang bumbung van pelancongan di wilayah Songkhla.

[VIDEO] Thailand melanjutkan penggantungan borang TM6 untuk meningkatkan pelancongan

Penggunaan borang imigresen TM6 akan kekal digantung sehingga 30 April tahun depan untuk memudahkan pelancongan rentas sempadan

(VIDEO) Remaja perempuan rentung ditemui dalam bilik

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat di Saujana Impian petang tadi 17 Oktober 2024.

[VIDEO] Premis nasi kandar jual telur masin berulat diarah tutup

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengarahkan premis makanan di daerah ini yang tular kerana menjual telur masin mengandungi ulat kelmarin ditutup sementara.

Pembalakan cetus banjir lebih dahsyat

Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS) Kedah mendakwa aktiviti pembalakan yang telah dan sedang dilakukan di kawasan hutan simpan turut menyumbang kepada kejadian banjir yang teruk di Sik dan Baling.

Pengawal sempadan terbunuh dalam serangan gerila Pattani

Sekumpulan disyaki pemberontak menyerang dua pos keselamatan di dua daerah wilayah sempadan selatan ini lewat malam Rabu, mengakibatkan kematian seorang pegawai polis peronda sempadan.

[VIDEO] Pemandu wanita rempuh pelajar UiTM Dungun didakwa tiga pertuduhan bunuh

Pemandu wanita yang melanggar empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada Rabu, didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

(VIDEO) Tanah runtuh di Melawati setinggi 30 meter

Hujan lebat sejak awal pagi 15 Oktober 2024 mengakibatkan kejadian tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, Ulu Kelang.

(VIDEO) Pasar Besar Kuala Krai terbakar, tiada kemalangan jiwa – Bomba

Keseluruhan bahagian atas Pasar Besar Kuala Krai, yang terletak kira-kira 60 Kilometer dari sini, musnah dalam kebakaran awal pagi 14 Oktober 2024.

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: