Peniaga Kedai Makan Dapat Habuan – #PRKPengkalanKubor #pakdin.my

Peniaga Kedai Makan Dapat Habuan - #PRKPengkalanKubor

Demam pilihan raya kecil kegiatan perniagaan di Pengkalan Kubor rancak.

Kehadiran pengunjung luar yang membantu kempen antara membawa limpahan rezeki buat peniaga ayam kampung goreng dan gulai itik serati.

Kedai nasi Mek Limah lebih dikenali sebagai Kedai Hijau.

Pengusaha kedai, Kamazila Ibrahim berkata kedai ini diusahakan hampir 30 tahun.

Dia mengakui pengunjung luar yang berkampung di Pengkalan Kubor tidak putus-putus bertandang ke kedai makannya sejak seminggu lalu.

Selain juadah yang pelbagai harganya turut memainkan peranan.

Sempena kempen PRK DUN Pengkalan Kubor operasi kedai ini dilanjutkan sehingga 10 malam.

 

 

Berkaitan