Keputusan tuntutan bayaran petroleum didedah #PRKPengkalanKubor - pakdin.my

minyak pahang

Kerajaan hari ini memutuskan untuk mengumumkan keputusan kajian Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata pengumuman itu bertujuan memberi penjelasan sebenar kepada rakyat serta mengelak rakyat daripada terus diberikan berbagai versi yang tidak benar dan mengelirukan berhubung tuntutan tersebut.

Langkah ini perlu dilakukan bagi menjaga kepentingan Negara supaya rakyat dapat memahami pendirian kerajaan itu dibuat berdasarkan kajian oleh satu Jawatankuasa Khas bebas bagi menghapuskan berbagai tohmahan dan salah sangka kepada pihak kerajaan.

Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah memberi taklimat kepada Jemaah Menteri berkenaan penemuan jawatankuasa tersebut pada 28 Ogos 2013.

Jawatankuasa Khas tersebut ditubuhkan bagi menimbangkan persoalan-persoalan yang dinyatakan dalam Terma Rujukan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan mengemukakan pandangannya kepada Kerajaan Persekutuan.

Menurut Kementerian Kewangan, Jawatankuasa Khas tersebut tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, dan penemuan Jawatankuasa Khas tersebut yang dipengerusikan oleh Bekas Ketua Hakim Negara tidak mempunyai kesan undang-undang dan tidak mengikat ke atas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PETRONAS.

Anggota jawatankuasa itu pula perlu memberikan pandangan mereka secara bebas, adil dan tidak memihak kepada mana-mana pihak.

Tiga daripada enam anggota Jawatankuasa Khas itu masing-masing mewakili Negeri Kelantan, Pahang dan satu wakil khas dari Terengganu dan selebihnya seorang bekas Ketua Setiausaha Negara dan seorang pakar dalam bidang undang-undang Perlembagaan.

Negeri Terengganu bagaimanapun tidak menamakan wakilnya dalam Jawatankuasa Khas tersebut manakala wakil dari Kerajaan Kelantan tidak hadir semasa Jawatankuasa Khas memuktamadkan laporan dan penemuan Jawatankuasa Khas.

Kementerian itu berkata Jawatankuasa Khas tersebut diberikan mandat untuk menimbangkan dua persoalan utama. Persoalan utama ialah mengenal pasti jika ada negeri-negeri yang berhak di sisi undang-undang untuk menerima Bayaran Tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Ia juga bagi menentukan formula dan kaedah pembayaran Bayaran Tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan.

Kementerian itu berkata antara penemuan penting Jawatankuasa Khas tersebut ialah terma ‘di dalam negeri’ dalam Perjanjian tersebut yang merujuk kepada tanah negeri dan laut Wilayah negeri tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari garis air surut pesisiran pantai negeri.

Takrifan ini adalah berdasarkan undang-undang antarabangsa dan domestik yang terpakai, kata kementerian itu.

Sehingga hari ini, tiada petroleum didapati dan diperoleh di dalam negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

UTAMAPILIHAN RAYAKeputusan tuntutan bayaran petroleum didedah #PRKPengkalanKubor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium