PILIHAN RAYA#PRKPengkalanKubor: Pengundi Tertua Tunaikan Kewajiban

#PRKPengkalanKubor: Pengundi Tertua Tunaikan Kewajiban

#PRKPengkalanKubor: Pengundi Tertua Tunaikan Kewajiban
Eh Puang a/l Chau Chan. 105 tahun

Seorang pengundi warga emas yang berusia 105 tahun sanggup bersiap seawal 8 pagi semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Khamis.

Ketika ditemui pemberita, Eh Puang a/l Chau Chan yang merupakan pengundi keturunan Siam berkata keterujaan untuk menjalankan tanggungjawab menyebabkan beliau bangun awal untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Neting di sini.

“Saya teruja dapat melaksanakan tugas kepada negara dan saya bersiap awal untuk keluar mengundi, ini merupakan satu penghormatan serta penghargaan buat saya untuk terus membantu negara,” katanya.

Eh Puang yang telah mengundi sebanyak 14 kali iaitu pada pilihan raya umum (PRU) termasuk PRK hari ini, kelihatan sihat dan bersemangat ketika hadir di pusat pengundian itu bersama isterinya Mek Kepin a/p Chau Weet, 84.

Pasangan berkenaan tiba di pusat pengundian pada 9.20 pagi dan selesai mengundi kira-kira 20 minit kemudian.

PRK DUN Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU Umum ke-13 pada tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami