BERITAPAS Korban Kerusi Exco Demi Pakatan Rakyat - Mustafa

PAS Korban Kerusi Exco Demi Pakatan Rakyat – Mustafa

PAS Korban Kerusi Exco Demi Pakatan Rakyat – Mustafa

PAS mengorbankan satu kerusi Exco kerajaan negeri Selangor milik parti itu bagi membolehkan Pakatan Rakyat menyelesaikan krisis menteri besar, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata, ia merupakan sesuatu yang perlu diterima oleh parti untuk melihat krisis tersebut selesai dan yakin Azmin Ali, menteri besar yang baharu berusaha mengimbangi suasana yang ada.

Terdahulu, Azmin mengumumkan PAS diberikan tiga jawatan Exco daripada empat kerusi dalam pentadbiran terdahulu.

Namun PAS diberikan jawatan Timbalan Speaker yang dimiliki Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.

Daripada 10 jawatan Exco, empat diberikan kepada PKR manakala tiga lagi milik DAP.

Mustafa memberitahu HarakahDaily bahawa Pakatan Rakyat akan bergerak ke hadapan dengan barisan Exco yang baharu itu.

Beliau berkata, PAS menerima barisan Exco yang baharu itu walaupun ianya diluar jangkaan dan memahami Azmin sukar membuat pilihan.

Justeru, katanya, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh PAS.

“Musuh sebenar Pakatan adalah Barisan Nasional (BN) dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami