JPJ: Peraturan baharu cermin gelap bermula 1 Nov

JPJ: Peraturan baharu cermin gelap bermula 1 Nov

wpid-jpj-cermin-gelap-kenderaan.jpg

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini.

Peraturan baharu ini menyaksikan ketelusan cahaya yang dibenarkan pada cermin hadapan sebanyak 70 peratus; sisi pemandu (50 peratus) dan masing-masing 30 peratus untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang.

Berbanding peraturan sedia ada, ketelusan cahaya yang dibenarkan di cermin hadapan adalah sebanyak 70 peratus dan 50 peratus untuk cermin di sebelah pemandu, sebelah penumpang belakang dan bahagian belakang.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa.

Katanya, peraturan baharu itu tertakluk kepada semua rakyat Malaysia dengan pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau disebabkan atas alasan kukuh.

“Pengecualian diberikan kepada Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri.

“Begitu juga dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis DiRaja Malaysia dan Kastam DiRaja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan anggota penguat kuasa JPJ bahagian zon selatan di Seri Negeri, di Melaka pada Isnin.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Pembaharuan cukai jalan, lesen memandu boleh dilaksana di pejabat pos mulai Isnin

[Video] PKP: JPJ benarkan memandu lesen tamat tempoh

[Video] JPJ siasat anggotanya tendang penunggang motosikal

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami