BERITATahanan Penjara Maut Bunuh Diri (video)

Tahanan Penjara Maut Bunuh Diri (video)

Tahanan Penjara Maut Bunuh Diri (video)
Seorang tahanan reman yang sedang disiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara ditemui mati selepas dipercayai terjun dari tingkat satu bangunan itu.

Kejadian berlaku tengahari semalam.

Suspek, berusia, 56, tahun sebelum itu disoal siasat dalam sebuah bilik jabatan siasatan jenayah komersil di tingkat satu bangunan.

Suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan kes penipuan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mangsa dalam keadaan bergari dan diawasi oleh seorang anggota polis tiba-tiba merempuh pintu dan berlari keluar lalu terjun dari laluan pejalan kaki.

Dia parah di bahagian kepala.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati pegawai polis yang menjalankan siasatan itu mengikut prosedur Operasi Standard SOP jabatan.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami