PAS terdesak di persimpangan hala tuju - pakdin.my

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada sesi ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 Batu Pahat 1435/2014 di Parit Raja, Batu Pahat
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada sesi ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 Batu Pahat 1435/2014 di Parit Raja, Batu Pahat

PAS perlu membuat keputusan drastik dan tidak mampu lagi untuk berdolak dalik berhubung kedudukan dan kekukuhan parti itu.

Samada terus membiarkan barah perpecahan ahli di dalam parti itu makin memburuk atau bertindak tegas mempertahankan Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama.

Jika yakin dan pasti bahawa perjuangan Hadi dan ulama mereka adalah benar dan haq, maka tidak dapat tidak, PAS perlu memisahkan diri dengan membuang sumber barah yakni golongan Anwrinas dengan perjuangan liberalism mereka yang jelas menolak kepimpinan Hadi dan ulama.

Apa tidaknya, kenyataan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi adalah bukti yang tidak dapat disangkal mana-mana pihak kecuali dengan hanya membutakan mata hati.

Pasma kata Phahrolrazi ditubuhkan bukan untuk menggantikan PAS, sebaliknya sebuah pertubuhan NGO bagi memastikan PR menggantikan BN memerintah negara.

Pasma tambahnya, lahir daripada rasa kekecewaan penyokong yang selama ini meletakkan kepercayaan tinggi kepada PR.

Dalam erti kata lain, mungkin Phahrolrazi dalam nada lembut dan berlapik mahu menyatakan bahawa perjalanan PR sudah pun cantik hanya kehadiran PAS yang diketuai Hadi dan golongan ulama yang menyebabkan PR jadi tidak keruan.

Nada sama dinyatakan timbalannya, Mohamad Husin namun lebih berterus terang.

Menurut Mohamad Husin, kekecewaan mereka sampai kepada peringkat ahli PAS mula mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS,  Hadi.

“PAS kembali seperti zaman 80-an dulu sehinggakan ada orang pertikai presiden dan Majlis Syura Ulama menyebabkan rakyat tidak suka terhadap PAS.

“Atas faktor ini, pihak seperti Pasma akan membetulkan PAS,” kata Mohamad yang merupakan bekas ahli Parlimen Pasir Puteh, seperti dipetik Sinar Harian.

Nah, jikakalau kenyataan presiden dan timbalan Pasma itu mahu dinilai, maksudnya jelas dan terang bahawa NGO itu mempertikaikan serta menuduh kedudukan Hadi dan golongan ulama dalam PAS adalah penyebab PR gagal mencapai potensi kemuncaknya seperti diharapkan rakyat.

Lalu, apa lagi Hadi dan golongan ulama PAS mahu tahu, apakah tidak terang lagikah maksud kenyataan presiden dan timbalan Pasma itu bahawa PAS hanya boleh berubah dan menyesuaikan diri serta selari dengan perjalanan PR hanya jika Hadi dan golongan ulama dikeluarkan dari PAS.

Apakah itu bukan maksud mengisytiharkan perang terhadap Hadi dan golongan ulama PAS selagi tidak dinyatakan secara terang dengan perkataan.

Atau tidak berguna lagi, peribahasa turun temurun bahawa ‘sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betinanya’.

Lalu, selagi Hadi dan golongan ulama membiarkan kelompok NGO ini dan golongan Anwarinas berada di dalam PAS maka selagi itulah PAS akan terus dikhianati ahli sendiri.

Maka itu, PAS tidak mampu lagi untuk berdolak dalik membuang masa menetapkan pendirian kerana sudah jelas elemen senyap Parti Keadilan Rakyat, (PKR) dan parti chauvanis cina, DAP sudah meresap masuk ke dalam organisasi itu.

Jawapannya, samada PAS memotong terus golongan itu dari sebarang kedudukan dalam parti dan kekal dengan cara tersendiri berjuang di dalam PR, atau membiarkan organisasi PAS terus bernanah dari dalam untuk tempoh yang tiada siapa tahu, atau bergabung perjuangan demi agama, bangsa dan negara bersama UMNO, atau pilihan akhir, bubar.

UTAMAPOLITIKPAS terdesak di persimpangan hala tuju

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium