Hujan petir: Elak aktiviti luar jika hujan – Jabatan Meteorologi - pakdin.my

HUJAN-PETIR

Orang ramai dinasihat menghentikan segera aktiviti luaran apabila hujan mulai turun ketika tempoh peralihan monsun yang sedang melanda negara kini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail berkata, peralihan monsun itu akan menyebabkan berlakunya panahan ribut petir atau ribut petir sebelah petang yang boleh membahayakan nyawa.

“Tempoh peralihan monsun membawa ribut petir yang sangat kuat disertai hujan lebat, walaupun ia bukan dalam tempoh yang lama, antara setengah jam hingga tiga jam, namun ia boleh membahayakan diri jika ada aktiviti luar dilakukan dalam tempoh itu.

“Justeru apabila hujan mulai turun serta langit bertukar gelap, hentikan sementara aktiviti di luar, elakkan berada di kawasan lapang dan terbuka seperti padang,” katanya kepada Bernama.

Malaysia melalui tempoh peralihan monsun dengan ribut petir dan hujan lebat bermula hujung September sehingga pertengahan November yang menggantikan fasa akhir Monsun Barat Daya.

Selepas tempoh berkenaan, negara dijangka mengalami Monsun Timur Laut (musim tengkujuh) pada pertengahan November dan akan berakhir pada Mac tahun hadapan.

Mengulas lanjut, Che Gayah berkata, banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di ibu negara ketika ini juga adalah disebabkan hujan lebat dalam tempoh peralihan monsun.

Jelasnya pembangunan pesat di beberapa kawasan antara faktor berlaku kejadian banjir kilat terutama, jika taburan hujan melebihi 30 milimeter sejam.

UTAMABERITAALAM SEKITARHujan petir: Elak aktiviti luar jika hujan - Jabatan Meteorologi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium