UtamaGAYA HIDUPKeuntungan Samsung Junam 60%...

Keuntungan Samsung Junam 60% Tapi Tetap Catat AS$3.8 Bilion Berhadapan Saingan Lenovo dan Huawei - pakdin.my

Samsung akui jenama seperti Lenovo kini menjadi pesaing terdekatnya.
Samsung akui jenama seperti Lenovo kini menjadi pesaing terdekatnya.

SEOUL: Samsung Electronics pada Selasa mengumumkan yang keuntungan operasinya menjunam hampir 60 peratus bagi tahun kewangan suku ketiga ekoran persaingan sengit sektor telefon pintarnya dengan pencabar terdekat.

Keuntungan operasi bagi tempoh Julai-September dicatatkan sekitar 4.1 trilion won (AS$3.8 bilion), jatuh 59.6 peratus untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Jualan produk keseluruhannya adalah sekitar 47 trilion won, jatuh 20.4 peratus berbanding 2013.

Walaupun bekalan telefon pintar menunjukkan peningkatan sedikit tetapi margin operasi menguncup ekoran meningkatnya perbelanjaan pemasaran berbanding harga jualan runcit yang menurun didorong oleh pengurangan penghantaran model-model ‘high-end’ serta pengurangan harga ke atas model-model telefon pintar lama.

Samsung memberi indikasi yang ketidaktentuan dalam sektor telefon bimbit akan berlanjutan sehingga ke suku keempat tahun ini.

Bagaimanapun menurut Samsung, ini akan di ofset dengan pengenalan beberapa model baru telefon berkuasa tinggi dengan rekabentuk yang lebih menarik dan inovatif.

Pada Julai lalu, Samsung melaporkan kejatuhan 20 peratus dalam keuntungan bersihnya untuk suku kedua tahun ini.

Pasaran telefon bimbit dan pintar yang merupakan peneraju utama dalam produk Samsung berhadapan dengan saingan sengit daripada produk China – Huawei dan Lenovo.

Samsung bagaimanapun masih kekal sebagai pengeluar telefon bimbit terbesar dunia dengan separuh daripada pendapatannya dihasilkan oleh sektor ini.

Namun Samsung dalam nota penjelasan laporan kewangannya mengakui bahawa sektor mobilnya kini berhadapan dengan persaingan yang sengit.

Samsung turut mengumumkan yang ia berhasrat untuk melabur sehingga 15.6 trilion won bagi membina pusat kemudahan pembinaan cip berkuasa tinggi di Pyongtaek.

Permintaan untuk cip memori telah mencatatkan angka yang memberansangkan dan dijangka akan terus meningkat dalam tahun-tahun mendatang.

Kemudahan baru itu dijangka dapat beroperasi sepenuhnya menjelang 2017 – dan diharap akan menjadi satu daya usaha strategik untuk ofset kejatuhan dalam permintaan dan keuntungan sektor telefon bimbit.

Keuntungan dari telefon bimbit Samsung kini menguncup ekoran persaingan sengit daripada jenama-jenama lain khususnya iPhone dan produk baru dari China.

Yang paling ketara menerima ancaman ialah siri Galaxy S Samsung yang menerima tekanan dengan kehadiran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus dengan skrin yang lebih besar.

Dalam segmen yang lebih rendah dan pertengahan, Samsung menerima saingan sengit daripada Lenovo dan Huawei yang sebelum ini bukanlah lawan mereka.

Menurut statistik International Data Corp., sejumlah 295.3 juta telefon pintar telah membanjiri pasaran di seluruh dunia pada suku kedua tahun ini.

Daripada jumlah itu, Samsung kekal mendominasi pasaran dengan 74 juta unit tetapi penguasaannya telah menguncup dengan hanya 25.2 peratus manakala dominasi Huawei meningkat dua kali ganda.

Bulan lalu, Samsung mempercepatkan pelancaran telefon pintar Galaxy Note untuk memastikan produk ini menguasai pasaran China dan juga Korea sebelum ia memasarkannya kepada 140 buah negara yang lain.

Inilah buat pertama kalinya produk utama Samsung diperkenalkan terlebih dahulu di China sebelum ia dibuka kepada negara-negara lain yang dengan jelas sekali memperlihatkan bagaimana mereka melihat Lenovo dan Huawei sebagai pesaing sebenar.

Lee Don-Joo, pengarah pemasaran dan jualan unit mobil Samsung mengakui yang mereka kini sedang berhadapan dengan ketidaktentuan bisnes dalam dunia telefon pintar ekoran kemunculan pelbagai produk lain sebagai saingan.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988