Peserta demo bantah GST cuba hina Perdana Menteri (video) - pakdin.my

lebai-malang-demo-gst

Tidak sampai 100 orang menyertai himpunan membantah kenaikan harga minyak dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di hadapan bangunan Parlimen, Rabu.

Demonstrasi PROTES itu disertai Pemuda PAS Malaysia bersama dengan PSM, aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan kumpulan Asal Bukan UMNO.

Mereka turut membawa beberapa sepanduk berkaitan GST.

Ada juga peserta bersikap biadap dengan meletak selipar di poster Perdana Menteri seolah-olah cuba menghina Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan itu berkumpul kira-kira sejam menunggu wakil ahli parlimen pembangkang dan pihak kerajaan menerima memorandum berhubung kenaikan 20 sen minyak petrol RON95 dan diesel yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Turut kelihatan mengetuai protes itu adalah Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dan aktivis Haris Ibrahim.

Wakil ahli Parlimen PR yang kelihatan menerima memorandum tersebut adalah Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah, Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa serta beberapa lagi ahli Parlimen lain.

Melalui referendum mereka, kumpulan berkenaan menuntut agar kerajaan membatalkan pengurangan subsidi minyak yang meningkatkan harga minyak.

Kumpulan berkenaan juga turut menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil kerajaan iaitu Mohd Zain Zainal, pegawai tugas-tugas khas di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kolonel Omar Daud, mewakili Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC).

Mereka bersurai kira-kira jam 11.30 pagi selepas penyerahan memorandum berkenaan..

 

Lebai ni marah apabila dalam sijil kelahiran dia mengatakan dia keturunan India.
Katanya..semua pemimpin tak tahu undang-undang..!
Katanya..macamana hidup nak maju kalau hidup banyak buang masa..!

Korang rasa dia ni berketurunan apa ekk..?
Korang rasa dia duk depan Parlimen ni tak buang masa ke berdemo..?

UTAMAPOLITIKPeserta demo bantah GST cuba hina Perdana Menteri (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium