Seorang Mangsa Letupan Di Bukit Bintang Maut

letupan-bukit-bintang-2

Seorang mangsa dalam kejadian letupan bom di hadapan Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pagi Khamis meninggal dunia.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa yang merupakan pekerja joki kereta disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Khamis.

Terdahulu, Khairi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi Khamis, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu.

“Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut,” katanya.

Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dalam kejadian itu.

Mayat mangsa letupan yang meninggal, Tiong Kwang Yie tiba di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 3 petang Khamis.

Kwang Yie, 36 yang berasal dari Sarawak adalah joki di kelab malam di tempat kejadian.

Mangsa terbabit meninggal dunia ketika di dewan bedah hospital selepas mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu.

Selain itu, jurucakap HKL memaklumkan, tiga mangsa insiden letupan bom di Jalan Bukit Bintang telah dipindahkan ke Hospital Ampang.

Bagaimana pun sebab permindahan ke Hospital Ampang tidak diperjelaskan.

“Salah seorang daripada mangsa tersebut merupakan warganegara Thailand dan dua lagi tidak didedahkan,” katanya.

Menurut sumber (pengurusan mayat), isteri mangsa akan tiba dari Sarawak malam ini.

Bedah siasat mayat akan dilakukan pada pagi Jumaat.

Seorang parah, 14 cedera letupan di Bukit Bintang

Seorang parah, 14 cedera letupan di Bukit BintangSeorang parah dan 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi. Setakat ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I….

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...