UtamaPOLITIKKes gantung ahli dua...

Kes gantung ahli dua ADUN: Kalau dia nak keluar parti, itu dia punya pasal lah – Nik Aziz - pakdin.my

nikaziz-khalidibrahim

Kecewa sungguh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tindakan dua ADUN parti itu yang membelakangi keputusan Majlis Syura PAS sebelum ini.

Jika tidak masakan selepas genap dua bulan kejadian itu berlaku, marah Nik Aziz belum reda.

Mungkin juga kekecewaan panjang Nik Aziz ini kerana tindakan dua ADUN tersebut mencabar kuasanya sebagai Pengerusi Majlis Syura PAS.

Pada Isnin bekas Menteri Besar Kelantan itu menyokong tindakan PAS menggantung keahlian dua ADUN parti itu di Selangor atas kesalahan mengkhianati keputusan Majlis Ulama PAS.

Nik Aziz berkata penggantungan itu selama setahun berkuat kuasa semalam terhadap ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin adalah tepat dan bersesuaian dengan kesalahan.

“Mana-mana persatuan berbentuk politik, dalam sekolah dan kerajaan sekalipun, mesti patuh pada peraturan, tidak boleh suka-suka hati,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim Kelantan.

Ditanya tentang kemungkinan kedua-dua ADUN itu keluar parti ekoran penggantungan itu, Nik Aziz berkata itu adalah hak individu untuk berbuat demikian.

“Kalau dia nak keluar parti, itu dia punya pasal lah, ertinya dia akan berdepan dengan rakyat. Dulunya dia berkempen PAS, lepas tu parti lain pula, ini orang yang tidak siuman. Orang yang akil baligh, mesti jaga lidah,” katanya.

Pengumuman mengenai penggantungan keahlian itu dibuat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam.

Sebelum ini Majlis Syura PAS mengambil pendirian menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor semasa berlaku kemelut jawatan itu.

Namun pada 13 Ogos mereka berdua membuat pendirian bercanggah menyokong presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan itu. sedangkan PAS hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos menentukan pendirian parti.

Sementara itu, bertentangan dengan kenyataan keras Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang membidas PAS berikutan tindakan yang dihadapi dua ADUN tersebut.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli memberitahu kes gantung keahlian itu adalah hak parti PAS.

“Itu adalah proses dalaman PAS, dan saya rasa setiap parti mempunyai hak untuk menjalankan proses dalaman.

“Jika proses itu berlaku dalam PKR, kita menghargai kalau rakan kita tidak campur tangan. Saya rasa tidak wajar kalau parti lain di dalam PR cuba campur tangan,” katanya kepada media di Lobi Parlimen, pada Isnin.

Rafizi juga enggan mengulas lanjut berkenaan tindakan yang dikenakan PAS terhadap ADUN Hulu Kelang dan Morib itu.

“Saya menghargai saudara Hasnul sebagai kawan baik dan saudara Saari sebagai tokoh pejuang yang saya kenal daripada muda dan dihormati.

“Tetapi, proses membuat keputusan di dalam PAS itu saya amat hargai dan tidak akan bagi komen atau campur tangan. Saya tak rasa sesiapa juga patut campur tangan,” katanya.

Kedua-dua mereka berhadapan tindakan tatatertib kerana menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor ketika kemelut jawatan berkenaan berlaku sebelum ini.

Hasnul dan Saari diberikan tempoh selama 15 hari untuk membuat rayuan berhubung tindakan yang dikenakan PAS terhadap mereka.-

Berkaitan

Baca Juga

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...