Sampai bila PAS nak biarkan PasMa jadi api dalam sekam - pakdin.my

Phahrolrazi
Phahrolrazi

Sejak keujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), sudah beberapa kali pemimpin PAS menyatakan curiga mengenai tujuan sebenar perjuangan PasMa.

Beberapa kenyataan termasuk dibuat oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi membayangkan PasMa seolah-olah api dalam sekam yang boleh mengancam PAS.

Terbaru, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Salleh pada Ahad mengeluarkan arahan melarang ahli atau mana-mana pemimpin parti itu terbabit sebarang aktiviti dianjurkan PasMa.

Nik Zawawi berkata, langkah itu selaras dengan peringatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini, supaya tidak berlaku kewujudan jamaah dalam jamaah, dan parti dalam parti.

“Kawasan dan Badan Perhubungan Negeri juga dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura sekiranya tindak-tanduk seumpama itu berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut,” katanya.

Untuk rekod, PasMa adalah NGO yang dilihat pro Pakatan Rakyat (PR) malah perjuangannya untuk memastikan kesinambungan PAS,PKR dan DAP dalam PR.

Bagaimanapun, kenyataan itu ditentang Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang berkata hanya Jawatankuasa PAS Pusat berhak membuat keputusan membabitkan parti Islam itu.

“Beliau tidak ada hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan kuasa eksekutif,” kata Phahrolrazi dalam satu kenyataannya hari ini, merujuk kepada Nik Zawawi.

“Jawatankuasa PAS Pusat adalah merupakan badan eksekutif yang diamanahkan oleh parti,” kata Phahrolrazi yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.

Bagi Phahrolrazi, PasMa adalah sebuah NGO dan bukan parti politik dan tidak terikat dengan dengan mana-mana parti politik.

Katanya, tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana ahli PAS menyertainya dan mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan.

Beliau berkata, PasMa menyediakan program pendidikan ke arah melahirkan masyarakat berfikiran terbuka, bersedia menerima pendapat dan pandangan berbeza.

“Ianya bersesuaian dengan ajaran Islam sendiri yang mengajar penganutnya untuk memberikan pandangan terbuka, menerima teguran, mengemukakan hujah,” kata Pharolrazi dalam kenyataannya.

Bekas ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Kedah itu berkata PasMa berusaha memperkukuhkan PR ke arah menjadi harapan rakyat Malaysia.

“Tindakan beberapa pemimpin yang menyerang parti-parti dalam Pakatan akan menyebabkan penyokong Pakatan hilang keyakinan dan kepercayaan,” katanya.

Katanya, kebebasan itu seolah-olah cuba dinafikan oleh segelintir pemimpin yang merasakan mereka tidak boleh ditegur dan pengikut wajib patuh sepenuhnya.

Berdasarkan kenyataan Pharolrazi, jelas beliau menentang keputusan Majlis Syura Ulama dengan alasan hanya Jawatankuasa PAS sahaja boleh menghalang ahli-ahli parti itu menyertai aktiviti PasMa.

Jelas beliau menentang PAS secara terbuka tetapi setakat ini nampaknya parti itu tidak berani mengambil sebarang terhaap Pharolrazi.

Beliau kini adalah Adun PAS di Pengkalan Kundor, Kedah.

Dengan kenyataan itu, PAS sepatutnya kena berani mengambil tindakan terhadap Pharolrazi.

Atau adakah PAS takut berbuat demikian kerana khuatir lebih ramai ahli PAS akan menyokong gerakan PasMa menyebabkan parti itu terus berpecah.

Sebaik-baiknya sebelum parah, PAS wajar mencegah gerakan Pharolrazi ini.

UTAMAPOLITIKSampai bila PAS nak biarkan PasMa jadi api dalam sekam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium