Jelas erti jihad sebenar bendung dakyah militan – Penganalisis

pengantin-isis

Golongan muda perlu didedah dengan pengetahuan berhubung erti jihad sebenar dalam Islam bagi mengekang penularan dakyah songsang golongan militan di negara ini.

Penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata, bagi membendung dakyah itu di peringkat awal, ibu bapa juga berperanan memantau pergaulan anak-anak mereka terutama dalam media sosial.

“Tindakan generasi muda yang pendek akal dan mudah terpedaya tanpa memahami matlamat sebenar perjuangan militan itu boleh mengancam keselamatan diri dan negara.

“Pengetahuan mereka perlu dipertingkatkan selain diberi penerangan berhubung implikasi dan erti jihad yang sebenar dalam Islam.

“Pemahaman yang salah berhubung konsep itu boleh mempengaruhi generasi itu ke arah keganasan dan mengancam keselamatan diri dan negara,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kaedah menangani isu militan berikutan pendedahan Polis Diraja Malaysia baru-baru ini berhubung penglibatan pelajar tempatan dipercayai direkrut penggerak utama kumpulan militan Negara Islam (IS) di sini untuk berjihad di Syria.

Akhbar berkata, orang ramai khususnya ibu bapa perlu mengambil tahu mengenai rakan anak-anak mereka terutamanya dalam media sosial agar tidak terjebak dengan konsep militarisme yang mempunyai jaringan di peringkat antarabangsa.

“Kenalan dalam alam maya itu boleh membawa anasir luar yang terlatih dan kemudian menghasut mereka (generasi muda) dengan konsep itu (militarisme) dan cuba mempraktikkannya di sini.

“Pengaruh luar ini menerusi platform media sosial mendekati generasi muda dengan memberi pendedahan songsang akan maksud jihad dan secara tersembunyi mereka direkrut,” katanya.

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, berkata individu yang mempunyai kecenderungan menyertai aktiviti militan tidak akan mempamerkan minat kepada khalayak dan perkara itu menyukarkan orang ramai untuk menghalang niat mereka.

“Sekiranya ibu bapa, penjaga atau rakan-rakan yang mengesyaki penglibatan individu terbabit dalam aktiviti militan, mereka seharusnya bertindak lebih awal dan menyampaikan maklumat itu kepada pihak berkuasa,” katanya.

Terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia di Syria iaitu IS, Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham.

Rabu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis mengenal pasti individu yang menjadi penggerak utama dalam merekrut rakyat tempatan menyertai kumpulan militan di Syria.

Sebanyak 14 individu ditahan termasuk tiga individu disyaki penggerak utama yang bertanggunjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai kumpulan IS.

Setakat ini 37 orang telah ditahan, dipercayai terbabit dengan kumpulan militan.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...