Mayat Lelaki Di Temui Dipercayai Ditetak Dan Dipukul Sekumpulan Lelaki (video) - pakdin.my

Mayat Lelaki Di Temui Dipercayai Ditetak Dan Dipukul

Seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditetak dan dipukul oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah kongsi di Kuantan, Pahang, malam tadi.

Mangsa yang berlumuran darah ditemui terbaring di bilik mandi oleh rakannya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam di , Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata, mangsa dipercayai telah meninggal dunia kira-kira setengah jam sebelum mayatnya ditemui.

Mangsa dikenali sebagai Sairah, 39 tahun berasal dari Lombok, Indonesia.

Siasatan awal mendapati mangsa dipukul lebih 10 individu yang datang ke rumah kongsi berkenaan dengan menaiki empat kenderaan.

Polis kini memburu semua suspek dan motif kejadian disiasat.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.

 

 

UTAMABERITAMayat Lelaki Di Temui Dipercayai Ditetak Dan Dipukul Sekumpulan Lelaki (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium