BERITA2 maut, 3 parah kemalangan motor berkuasa tinggi

2 maut, 3 parah kemalangan motor berkuasa tinggi

nahas-motorsikal-kuasa-tinggi-karak-1 nahas-motorsikal-kuasa-tinggi-karak-2

Dua terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan lima motosikal besar berkuasa tinggi dengan enam kenderaan lain di Kilometer 25 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Ismail Kamarudin berkata, seorang mangsa maut kerana rentung akibat motosikal terbakar, manakala seorang lagi tersepit di bawah sebuah kereta Honda.

Katanya, tiga lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Selayang.

Jentera bomba sampai ke tempat kejadian jam 11.40 pagi selepas menerima makumat daripada orang awam.

Seorang daripada mangsa rentung dipercayai akibat rempuhan dengan sebuah kenderaan manakala seorang lagi dikatakan diseret kenderaan lain.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami