BERITAPejalan Kaki Temui Mayat Remaja Ditetak, Lengan Hampir Putus (video)

Pejalan Kaki Temui Mayat Remaja Ditetak, Lengan Hampir Putus (video)

remaja-maut-ditetak

Seorang pejalan kaki yang melalui Jalan Teknologi 3, Kota Damansara di sini terkejut apabila menemui mayat remaja lelaki dalam keadaan ngeri pada awal pagi Isnin.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, mangsa dipercayai warga tempatan maut akibat ditetak di kepala manakala lengannya hampir putus.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Azmi Abu Kassim berkata, remaja terbabit dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

“Berdasarkan pemeriksaan forensik, mayat itu dibuang di kawasan berkenaan kurang dari enam jam sebelum ditemui seorang pejalan kaki.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan lengan dipercayai akibat ditetak. Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, keluarga mangsa turut berada di lokasi kejadian ketika forensik melakukan pemeriksaan.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Mengenai kami